Sabtu, 13 November 2010

ECTOPIC PREGNANCY

lamanye x hapdet blog neyh..mcm dah berkurun jew rs..actually, me br jew kuar dr wad bcoz of ectopic pregnancy..lbey kurg dlm 2 mggu..(2 mggu tu kire baru ke ek? eheh..)

sy nk citew pasal ectopic pregnancy ni..tp ley citer cket2 jew la ikot pengalaman sendiri..ectopic pregnancy or bhasa mudahnya mengandung luar rahim kl ikot bahasa ibunda saya..eheh..masa sy dapat tahu mengandung luar rahim ni, kandungan sy baru jew 5 minggu..cedey sgt2 sbb da 1 thun stgh kawen, baru mengandung..tup2, dpt thu mengandung luar rahim..dapat thu pn sbb tbe2 jew sakit perut yg teramat sgt..smpai nangis2 kt opis...ms tu dh xde rs malu dh kt kwn2..hee..pastu hubby trus bwk g klinik, then trus refer hospital..then, ckup2 kandungan tu 6 minggu kne buang..huwaaaa!!! cedeynye xley nk citer..

ectopic pregnancy ni berlaku ble janin tu x melekat di tmpt yg sepatutnya. sepatutnya die kne bergerak masuk dalam rahim, tp dlm kes ectopic ni, die x sampai kt rahim, tp tersekat kt tiub fallopio jew..pastu lekat kt situ n trus membesar..tiub fallopio tu kn kecik jew.ble janin tu nk membesar, die dh xdew ruang la..last2, tiub tu leh leaking n then pecah..tu yg jd sakit sgt2 tu.jln terbaik kne buang la..kl tdk, leh bhyakan nyawa si ibu..

skrg doctor soh rehat dulu..x bagi pregnant dulu..paling kurang pn 6 bulan..nk baby punyer pasal, sthun pn i sggup tunggu..yg penting saya ngan baby slmat..huhuuu...

Ahad, 11 April 2010

MiSTeRi CiNTa

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cinta mu ,
jgnlah merasa tersisih.Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak
memilih utk singgah di hati seseorg.
Sekiranya kamu di cintai oleh seseorg yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi
kembali kan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur .
Jgn amik kesempatan & jgnlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap
hati & prasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yg serupa skalipun cara
kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri
kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus
di persalahkan... relakanlah cinta tue pergi.
Kerana setiap yg berlaku ader maksud yg t'sembunyi &
kita akan menyedari apabile maser silih berganti.
Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri
di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu.. "
Disebalik senyuman tersimpan seribu kepahitan dan
Disebalik kepahitan terungkap sejuta penyesalan.......(*.*)

Tip Pikat Lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu! "

Selasa, 6 April 2010

Keliru!!

Hurm..lme btol x update blog..byk sgt kejadian yg x terduga terjadi..x smpt aku nk bukak blog..lpas bby kuar wad, ari sbtu (27.03.10) nenek aku plk meninggal..sgt2 terkejut n sedih..setelah bertahun menderita sakit, akhirnya die pergi jugak..die prgi sgt tenang..seolah2 tidow je..rs mcm x prcaya die dh xde..granny, miss u so much..wish you could hear dat..

dlm minggu ni jugk, sorg teman lme kontek aku..sgguh aku x sgka die akan jpe aku lg..teman p'puan..tp byk sejarah antara kami..aku rs sgt bersalah sgt t'hdp die..i'm so sorry my fren..

Sabtu, 27 Mac 2010

BaBy Da SiHaT

ptg kames baby da kuar dr wad da..die da sht dh..huhuu..lega ati dgr..yg lucu nye, mak citer die jd femes boy kt wad tu..ciap doc bwk g jln2 round 1 wad tu lg..doc g check bdk laen pn bwk die..rmai je staff wad tu layan die..perghh..da jd patient istimewa la pulak..ciap xnk blk lg..org punyer la risau, die lg sronok2 lak dok wad..huhuu

Rabu, 24 Mac 2010

Baby masuk wad..

Mlm td aku ikot my hubby aku g maen futsal..sronok cket permainan mlm ni..menang 18 - 13..huhuu..blk g mnum2 dl..dpt call drp angah, my sister, berita yg sgt mengejutkn aku..baby masuk wad..suspek anemia..sel darah merah pecah..xthu la nape.slh mkn ke ape ntah..mmg baby kekurangan G6PD..byk yg alergic..ubat2, kacang parang, ubat nyamuk, ubat gegat..risaunye aku..mak n abah xnk bgthu aku n angah actually. tkut ktorg rsau.tp kantoi gak ngn angah..kne masuk darah gk la..sian baby..dh la die kecik lg..

Isnin, 22 Mac 2010

Ada Orang Sayang Awak...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13.. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya...... .. ..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..


: : eRTi SeBuaH PeRSaHaBaTaN : :

dalam dunia ini kite tak punya sesiapa
kecuali diri sendiri
tetapi dalam kita bersendirian kita beruntung kerana
mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat begitulah juga dia
tetapi kita sering terlupa akan hal itu
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita
kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
kita tidak memberi peluang untuk diia menerangkan keadaannya
bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
kerana kita juga ada janji yang tak ditepati
kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita
waktu itu,terfikirkah kita perasaannya..?
seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa
untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya
dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan
harapan dan impian juga kita luahkan
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarakan kita?
ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
mampukah kita kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana
dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah?
bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari hanya bercerita
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
kerana dia juga seorang manusia
dia juga punya rasa takut,ada rasa bimbang ,sedih dan kecewa
dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat
sebagai kekuatan
jadilah kita sahabatnya itu
kita selalu melihat dia ketawa tetapi dia tidaklah setabah yang kita sangkakan
di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
kita tidak tahu
tetapi jika kita jadi sahabat sepertinya...
mungkin kita akan tahu....

Mutiara Cinta

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Salam..

Hye all..ari ni abes keje tetibe je terfikir nk wat blog..tak tau la kenapa. mungkin ape yang aku rasa tapi aku tak boleh nak luah kat sapa2 aku boleh curah kat sini. sejak akhir-akhir ni aku berserabut sikit..keje banyak tak setel lagi..tambah ngan masalah lain.kesudahannya, aku tak tahu nk buat yang mana satu.tak ape la..aku akan cuba buat sikit2..harap2 aku blh setel semua. Aminn.. :)

 
Blogger Templates by Wishafriend.com