Selasa, 15 Februari 2011

Bahan Mentah Tuala Wanita Pakai Buang di Pasaran

Kertas buangan, agen pelunturan yang berkasinogen, agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang memproses tuala wanita pakai buang di pasaran. Kertas buangan termasuklah kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu yang telah menyembunyikan bakteria seta kuman merbahaya. kertas dan pulpa kayuyang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. sejenis toksin yang dinamakan dioksin akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin ini. setelah proses-proses ini selesai, terhasillah produk pakai buang wanita seperti tuala wanita, pantiliner dn tampon.

Kesan ketoksidan Dioksin amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding arsenik. Ia juga dikenali sebagi "Toksik Yang Paling Kuat" pada zaman kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian Perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan Dioksin dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payudara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

SETIAP WANITA MENGGUNAKAN LEBIH KURANG 15,000 KEPING TUALA WANITA DI SEPANJANG HAYATNYA! MAKA, RISIKO TERDEDAH TERHADAP DIOKSIN BERSAMAAN 15,000 KALI!

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com