Ahad, 13 Februari 2011

Bahaya Tuala Wanita

Salam Olz...

hari ni saya nak share pengetahuan cket dengan korang sume..rasanya ramai dah yang tahu tapi masih ambil mudah sebab tak terfikir kesan masa panjang. untuk readers wanita, saya nak tanya korang la, korang pakai pad@tuala wanita brand ape? terjamin tak kebersihan die?

mengikut kajian yang dilakukan, tuala wanita yang kita dok pakai setiap bulan tu sebenarnya tempat pembiakan bakteria yang paling baik. korang bayangkan secara purata wanita pakai 7 hari sebulan. 1 hari tu mesti tukar paling kuarang 5 kali. kalo stahun korang dah pakai 84 hari X 5 keping..banyak tu..tapi korang tahu tak, tuala wanita tu la yang menjadi punca penyakit kepada wanita zaman muda sekarang..kenapa saya kata macam tu?? let me tell u....

Tuala wanita yang banyak di pasaran sebenarnya diperbuat daripada bahan kitar semula yang telah diproses dengan bahan kimia..mesti korang macam was-was kan? ye la, kaler die putih bersih je..tuala wanita ni dah direndam dalam bahan kimia dan dilunturkan dengan klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - dioksin! banyak kali sehingga menjadi putih bersih SEPERTI KAPAS. sesuai dengan tagline dorang 'LEMBUT SEPERTI KAPAS'. EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains.

Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yangboleh:

* Melemahkan sistem imun.
* Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.
* Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.
* Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak - kanak (bagi perempuan hamil)

Ngeri tak korang bila tahu pasal semua ni..anggota badan kita yang paling sensitif, yang paling penting untuk melahirkan zuriat kita, terdedah dengan bahan kimia sebegitu lama.

Bagaimana Dioksin boleh meresap ke dalam rahim?
Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksik yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan meresap segala gas bertoksik. Ia akan mengelakkan daripada masalah jangkitan, alahan, gatal atau ruam.

Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup filopian.

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com