Rabu, 20 Jun 2012

Kehilangan Yang Tersayang

31 Mei 2012

Tarikh yang aku akan ingati sampai bile2. Aku kehilangan nenek ksayangan aku untuk selamanya.. Tuhan dah ambik balik nenek yang dipinjamkan kat ktorang lebih kurang jam 8.30 malam. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur sangat die pergi tenang sangat. malam jumaat pulak tu. Tapi sayangnye, aku takde time tu. terkilan sangat sebab masa tu aku ade kes kat spital kena siasat. Adik aku yang citer saat2 die nak tinggalkan kami.

Untuk makluman sume memang nenek aku dah x sihat lame dah.. terlantar je.. die memang tinggal dengan mak. walaupun die terlantar tapi still aktif. cuma aku kesian tengok die. die hanya tinggal tulang je.. Kurus sangat... kadang2 sebab terlampau aktif, badan die lebam2, kadang2 luka sebab terlanggar macam2. Cuma die tak makan. So mak bagi minum positrim.. ok la sikit ade la jugak tenaga kan.

petang kames tu adik aku citer, die memang dah x sihat. senyap je.. pasif sangat. tak gerak pun. dalam pukul 8.00pm tu, adik aku call aku bagitau nenek aku dah tenat. tapi masa tu aku dah trima 1 kes. memang berbelah bahagi sangat. aku g setel kes aku dulu. tengah2 setel kes tu, adik aku call lagik bagitahu nenek aku dah takde. aku tergamam. tak tahu nak cakap ape. terus call hubby soh datang amek kat spital & mintak bawak pakaian terus untuk tido umah mak. tapi setitik air mata pun aku x keluar. aku macam tak percaya. rasa macam mimpi padahal adik dah bagitahu awal lagi nenek dah sakit tenat sebelum tu. sampai umha mak, aku cium jenazah nenek. aku tenung muka die. tenang sangat. macam tidur. sungguh aku tak percaya masa tu die dah takde. terasa macam dia tengah tidur je. pastu aku tutup balik muka dia.

aku carik adik, tanya dia macam mana nenek meninggal. dia kata, mula2 memang nenek senyap je. tak aktif langsung. cuma dia mintak air. adik aku bagi minum air dengan cara celup kapas dalam air, then perah dalam mulut die. sebenarnye nenek aku dah takleh minum sendiri dah. dengan straw pun xleh. nanti die tersedak. tu je la cara yang die boleh minum sikit2. petang tu banyak gak die minum. hampir secawan air. dalam masa yang sama, wife kepada sepupu aku, Kak Ti dok baca Al-Quran tepi die.  Tengah minum, nafas die macam berat. adik aku gosok dada die sambil sapu minyak mustajab. Kak Ti yang tengah baca Al-Quran terperasan mata nenek aku macam terbelalak ke atas sikit. terus die stop baca Quran n jeri "Tokwan!!".. Adik aku menggelabah terus raba tangan kaki n dahi. masa tu adik aku riba nenek aku tu sebab senang sikit nak bagi minum katanya. kaki tangan sume sejuk. terus die ajar sebut "Allah, Allah, Allah".. Lame sikit terus mata nenek aku terpejam n die pun senyap. Masa tu mak aku pn dah datang sebab Kak Ti dah panggil die dah. Mak aku pun cakap la, " Alhamdulillah, die pergi malam jumaat". Adik aku dah nangis. kejap tu, nampak nenek tarik nafas panjang n dalam, kemudian lepas perlahan2... Innalillahiwainna ila hirojiun..

Aku sedih sebab aku takleh baca yasiin untuk nenek aku hari tu sebab Cik P datang masa tu. aku hanya hadiahkan zikir untuk die. Semoga roh nenekku ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai.. Amiinn..

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com