Isnin, 17 September 2012

Biodex.. Berkesan ke?

Seminggu lepas raya, aku ngan hubby ade berbual tetang our collegues yg lmbt pregnant tp akhirnye berjaya pregnant. perbualan kitorang berkisar pasal usaha dorang la..

Hubby : Yang, si A tu die ade makan pape x untuk pregnant?

Aku : Ntah la, tp ari tu die ade makan 1 serbuk tu. mgkin serbuk kurma kot. tapi die cakap memang xleh    telan. baper hari je makan. then die amalkan doa dari ayat Al-Quran.

Hubby : Sayang x mintak ke doa tu?

Aku : Ade, dah amalkan dah pon.Tapi serbuk bunga kurma tu xleh telan.. x sedap and busuk. try usaha lain je la..

Hubby : Ok, si B tu cane lak?

Aku : Die makan Biodex.. Sempat makan sebulan terus lekat. Sebenarnye die hampir2 wat IUI gak.. tapi x sempat.

Hubby : abes tu try la makan. Kat mana die beli?

Aku : Mahal bang Biodex ni..

Hubby : mahal setara mana sangat. Kate nak anak. Bukan abes 10,000 ribu pon.

Aku : (sengih2 tak terkata)


Besok tu terus aku gi cari biodex kat kedai die.. Dah jumpa dealer die. Die ade tanya apa masalah kite, timbang, ukur tinggi semua.. Baru die pilih bersesuaian dengan masalah kite. Abes la dalam RM580.00.. Huh.. Terkejut gile aku.. bukan terkejut pasal harga je.. Tapi banyak sangat nak kena makan. Huwaaa...

Balik aku bagitahu En. Hubby. En hubby terus perli, abes brape ribu? Hahaahahaaa..

Tapi serius banyak gile dan tak sedap.. Sampaikan ade yang aku makan sambil tutup hidung..

Aku ade kemusykilan sikit sebenarnye dengan produk ni. Kate die produk ni boleh kuruskan kita. Tapi aku makan, sama je. Xde perubahan pun. So aku decide nak stop je. Lagipun aku dah nak buat IUI. So aku xnak campur2.. Jadi aku xtahu sama ada berkesan ke tak produk tu dengan aku..


Isnin, 10 September 2012

IUI :: Part 1 ::

Salam guys..

Aku nak citer pasal perjalanan aku nak buat IUI ataupun intrauterine insemination. Alaa.. senang citer permanian beradas la.. Tapi perjalanan ni akan jadi beberapa part.. Harap2 korang takkan bosan baca semua ni.. Aku nak berkongsi dengan semua orang dengan harapan semoga boleh jadi panduan dan semangat untuk orang2 yang TTC macam aku.

5 September 2012

Aku ade appoiment dengan gynea. Hari ni sepatutnya aku akan dapat result ujian darah CD21 aku dengan ujian HCG aku. Sangat berdebar2 untuk tahu semua tu. Appoiment jam 8.30am sepatutnya. Tapi biasalah, gomen kan.. Ramai orang.. So, dalam kol 9 lebih tu nama aku dipanggil. Alhamdulillah, kali ni aku dapat jumpa dengan Pakar. Sebelum ni aku asek dapat jumpa MO je.. i got 2 news.. bad & Gud news.. Aku nak citer berita baiknya, tiub aku yang tinggal 1 dalam keadaan baik. Sangat2 melegakan aku sebab aku pernah ada history of ectopic pregnancy. Tapi yang bad news tu, hormon progesteron aku sangat2 low.. Doc cakap  untuk pregnant aku sepatutnya dapat bacaan 35. Tapi bacaan aku hanya 1.4.. Ko bayangkan perasaan aku masa tu. Hampir nak menitis air mata aku. Terasa macam down sangat. Bila progesteron low, dats mean i'm not ovulate. Huhhhh...

Doc suggest aku amek clomid untuk double dos for 1 cycle dan terus proceed untuk iui.. So, for next period, on CD2 till CD6, i have to take 100mg of chlomephene per day. Banyaknye dos tu.. On the spot aku terasa takut bila aku teringat aku pernah baca yang clomid ni leh nipiskan dinding rahim. Maklumlah sebelum ni aku dah mkn clomid untuk 3 cycle dengan dos 50mg/day. Macam2 aku tanya doc sehinggakan doc cakap "awak nak pregnant kan. so, kite try untuk 1 cycle sahaja. If awk still not pregnant yet, kite akan cuba yg lain. i x akan bagi kalo sesuatu ubat tu will harm u.." Ok, aku paham cuma aku risau je sikit. Aku berserah pada tuhan je. Doc terus refer aku ke reproductive unit untuk kaunseling & tindakan lanjut.

Kat Reproductive unit aku diberi penjelasan dengan lebih lanjut lagu.. CD2 hingga CD6, aku kena makan clomid. Then, CD7 - CD9 aku kena suntik puregon. Aku kena pi  klinik hari2 sebelum kol 8.30 pg.. Dorang kate untuk besar n matangkan telur aku. Then CD12, aku kena wat Follicle tracking untuk pastikan telur aku besar dan matang. Kena buat melalui TVS. Seram betul aku dengar TVS ni. Once telur aku dah matang, dorang akan suntik untuk pecahkan telur. Then baru la IUI boleh dibuat.

Nanti, aku akan citer macam mana dorang buat sume tu.. Aku masih menunggu cik P yang bakal datang mungkin 15.09.2012..

Ahad, 2 September 2012

Contact Lens Baru???

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak citer2 pasal contact lens yang aku baru beli.. Aku ni memang rabun.. tapi tak boleh pakai spek. Bukan sebab aku berlagak konon macam tak rabun. tapi bile aku pakai je spek, dalam 10 minit cenggitu konfem aku sakit kepala. Dah banyak spek aku dari yang murah sampai yang mahal. sume sama je. Belakang kepala je mesti sakit giler.. Aku pun tak tau kenapa jadi macam tu. Bile pakai lens xde pulak jadi gitu..

Aku start pakai lens kire2 8 tahun lepas masa aku kat matrikulasi Pulau Pinang. And aku start pakai yang colour dah. aku x blaja pakai clear lens. Akibatnya sampai sekarang kalo aku pakai clear lens aku mesti rasa x selesa. Macam ade sumthing je dalam mata.. Eh, memang la ade kan.. Ngeee.. Memula dulu aku pakai freshlook. Aku pakai color honey, hazel dan brown. Tapi sume warna ni memang x brape sesuai dengan aku.

Color : Honey (freshlook)
Masa blaja2 aku x brani sangat nak pakai kaler2 yang menyerlah.. so aku pakai kaler yg agak natural la.. masuk keje aku try pakai clear lens. X sampai 3 bulan, aku dah buang sebab aku x selesa pakai. mata aku rasa geli2. Kemudian aku terus pakai hazel. Tapi aku tukar ke lens freshkon warna warm hazel. Freshkon ni aku pakai kejap je. masuk pair yang ketiga x silap, mata aku kena luka. sebabnye aku x prasan yang lens aku rosak. die macam terkoyak kot. sampai aku kena refer ke pakar mata. sakit woo mata aku. Sampaikan aku xleh bukak mata. Dah tu tengah2 sakit, aku kena marah lagi ngan pakar mata sebab pakai lens. die ingat aku suke2 je nak pakai lens sebab bak cantik. mata aku rabun la. Aku lak xleh pakai spek n clear lens. nak xnak aku kena la jugak pakai color lens. Lepas peristiwa tu, aku stop kejap pakai lens. ade dalam setahun lebih kot. aku rela x nampak.. tapi time drive or meeting aku terrpaksa jugak pakai spek.. kalo jalan tu biase aku lalu, aku redah je x pakai spek. heheee..

Tahun lepas aku start pakai lens balik. tapi aku dah gile pakai contact lens bigger eye. Mula2 aku beli brand iContact warna grey.. sangat cantik. Nampak penuh je.. Ye la, mata aku ni dah memang semulajadi besar dah. salah beli lens, memang x nampak la bigger eye nye..


i Contact, color : Grey
Pastuh beli lagi kaler black jenama freshkon.. tapi x nampak pun bigger eye. Frust btol. Pakai 2 minggu je kot. Dah xnak pakai sebab frust. Boleh x? Pembaca, sila jangan tiru sikap saya yang membazir ni hokey...


X menarik n x jadi bigger eye pun

And now aku pakai brand simvue pulak.. pun kaler grey and bigger eye.. Sangat suke sebab sangat soft sampai kadang2 boleh terlupa aku pakai lens. Hehee.. Sangat big eye dan x over sangat.

Mata aku x sebesar ni hokeh.. Ni effect kamera la.. tapi tang mata hitam memang jadik besar..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com