Rabu, 20 Jun 2012

Result HSG

06 Mei 2012

Entry lepas aku dah citer pasal aku buat HSG. Hari ni aku ade appointment dengan O&G. Berdebar-debar sebab hari ni aku akan dapat tahu sama ada tiub aku ade blockage ke tak, pastu result serum progesterone cd21 aku. Last sekali sama ada aku boleh buat IUI atau tak. so, pagi2 lagi aku dah tercongok kat O&G clinic. Excited nak tahu result.. poyo je kan..

Tiub aku normal sebelah kanan. takde blockage. sebelah kiri, memang takleh buat ape la sebab tiub aku dah dipotong because of ectopic pregnancy. aku dah pernah citer dulu kat sini. Cuma report penuh aku tak dapat lagi. paling kurang ambil masa sebulan jugak la.. lama lagi tu.. takpe Najwa, sabar... ujian darah aku la sangkut pulak.. progesterone aku betul2 paras normal.. kalo nak buat IUI doktor kata kena tinggi sikit. So, aku kena teruskan makan duphaston. pastu kena ambil clomid lagi untuk 3 cycle.. huwaaaa.. aku dah muak tengok ubat la... kalo boleh aku nak terus buat IUI. Tapi tak boleh. Tension betul. Aku kena datang lagi after 3 cycle. Bulan September ko.. Lame kan????? Tunggu je la.. nak buat macam mana kan?. hurmmm.. Jadinya, IUI aku ditangguh lagi.

Mood : Frust

HSG Done!!

05 Mei 2012

Hari ni aku buat appoiment aku untuk buat prosedur HSG (Hysterosalpingography) kat Hospital Sultanah Nur Zahirah. HSG ni dibuat untuk periksa sama ada akunyer tiub fallopian tu ade blockage ke tak.Actually aku kena buat bulan 3 lagi. tapi atas sebab tertentu tak jadi. masa tu dah sampai jabatan x-ray dah. dah terang prosedur sume dah. tapi x jadi. masa tu dah menggigil dah aku. tapi lega sebab tak jadi. then tunda lagi sehingga next period. bulan 5, hari pertama period, aku terus call unit x-ray untuk wat appoiment. dapat tarikh hari ni (5 Mei 2012). sehari sebelum prosedur tu, aku banyak search kat internet pengalaman orang lain. siyes ngeri.. ramai yang cakap sakit. aku memang takut gile.. siyes, aku tak tipu. 


Sampai jabatan x-ray aku memang menggigil abis. masa kene baring atas katil tu, aku rasa macam sejuk sangat. sampai menggigil. Doktor tu pelik sebab die panas sampai badan die berpeluh tapi aku boleh menggigil sejuk. aku bagitahu aku takut. tengok alat2 die lagi aku menggigil. Tapi nasib baik Doktor ok.. die tenangkan aku dulu. aku dah ready sume baru die start procedure. lame jugak aku nak tenangkan diri. takut wehh... 

Mule2 die masukkan alat yang macam muncung itik tu.. sakit sikit je.. aku leh tahan lagi. pastu die masukkan besi panjang. yang tu aku rasa ngilu sikit sebab die pusing2 benda tu. pas dah ok sume, die kuarkan balik muncung itik tu.. yang tu memang sakit.. aku hanya mampu baca 'Lailahaila anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin'. Aku ulang ayat tu sampai selesai.. sakit ya ampun sebab tibe2 bende tu stuck.. takleh kuar. Masa doktor sedaya upaya nak kuarkan bende alah tu memang sakit. Kemudian aku kena luruskan kaki. Then die flush cecair apa ntah.. masa tu memang sakit. tak sedar aku sedikit terjerit 'Allah, sakitnya'. Aku rasa macam rahim aku nak meletop. sakit sangat.. tapi sekejap je.. then, die soh mengiring ke kanan. x-ray sume2, siappp... Lega aku.. lepas kuarkan sume alat tu, otomatik sume sakit ilang... rasa macam magic lak.. heheee.. 


Then, En. Hubby datang ambik aku. kitorang balik umah mak sebab tahlil arwah nenek aku belum selesai. Tapi petang tu aku sakit perut.. macam senggugut, tapi lagi sakit. sakit yang buat aku takleh bangun. sudahnya aku langsung tak tolong mak ngan adik aku buat kerja. aku tidur je. serius sakit sangat. kalo orang suruh aku buat balik, aku tak nak dah.. serik siot... huhuuu..


Tu la pengalaman aku buat HSG. Apapun aku lega sangat sebab HSG aku dah selesai. hehehee...



Kehilangan Yang Tersayang

31 Mei 2012

Tarikh yang aku akan ingati sampai bile2. Aku kehilangan nenek ksayangan aku untuk selamanya.. Tuhan dah ambik balik nenek yang dipinjamkan kat ktorang lebih kurang jam 8.30 malam. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur sangat die pergi tenang sangat. malam jumaat pulak tu. Tapi sayangnye, aku takde time tu. terkilan sangat sebab masa tu aku ade kes kat spital kena siasat. Adik aku yang citer saat2 die nak tinggalkan kami.

Untuk makluman sume memang nenek aku dah x sihat lame dah.. terlantar je.. die memang tinggal dengan mak. walaupun die terlantar tapi still aktif. cuma aku kesian tengok die. die hanya tinggal tulang je.. Kurus sangat... kadang2 sebab terlampau aktif, badan die lebam2, kadang2 luka sebab terlanggar macam2. Cuma die tak makan. So mak bagi minum positrim.. ok la sikit ade la jugak tenaga kan.

petang kames tu adik aku citer, die memang dah x sihat. senyap je.. pasif sangat. tak gerak pun. dalam pukul 8.00pm tu, adik aku call aku bagitau nenek aku dah tenat. tapi masa tu aku dah trima 1 kes. memang berbelah bahagi sangat. aku g setel kes aku dulu. tengah2 setel kes tu, adik aku call lagik bagitahu nenek aku dah takde. aku tergamam. tak tahu nak cakap ape. terus call hubby soh datang amek kat spital & mintak bawak pakaian terus untuk tido umah mak. tapi setitik air mata pun aku x keluar. aku macam tak percaya. rasa macam mimpi padahal adik dah bagitahu awal lagi nenek dah sakit tenat sebelum tu. sampai umha mak, aku cium jenazah nenek. aku tenung muka die. tenang sangat. macam tidur. sungguh aku tak percaya masa tu die dah takde. terasa macam dia tengah tidur je. pastu aku tutup balik muka dia.

aku carik adik, tanya dia macam mana nenek meninggal. dia kata, mula2 memang nenek senyap je. tak aktif langsung. cuma dia mintak air. adik aku bagi minum air dengan cara celup kapas dalam air, then perah dalam mulut die. sebenarnye nenek aku dah takleh minum sendiri dah. dengan straw pun xleh. nanti die tersedak. tu je la cara yang die boleh minum sikit2. petang tu banyak gak die minum. hampir secawan air. dalam masa yang sama, wife kepada sepupu aku, Kak Ti dok baca Al-Quran tepi die.  Tengah minum, nafas die macam berat. adik aku gosok dada die sambil sapu minyak mustajab. Kak Ti yang tengah baca Al-Quran terperasan mata nenek aku macam terbelalak ke atas sikit. terus die stop baca Quran n jeri "Tokwan!!".. Adik aku menggelabah terus raba tangan kaki n dahi. masa tu adik aku riba nenek aku tu sebab senang sikit nak bagi minum katanya. kaki tangan sume sejuk. terus die ajar sebut "Allah, Allah, Allah".. Lame sikit terus mata nenek aku terpejam n die pun senyap. Masa tu mak aku pn dah datang sebab Kak Ti dah panggil die dah. Mak aku pun cakap la, " Alhamdulillah, die pergi malam jumaat". Adik aku dah nangis. kejap tu, nampak nenek tarik nafas panjang n dalam, kemudian lepas perlahan2... Innalillahiwainna ila hirojiun..

Aku sedih sebab aku takleh baca yasiin untuk nenek aku hari tu sebab Cik P datang masa tu. aku hanya hadiahkan zikir untuk die. Semoga roh nenekku ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai.. Amiinn..

Sumthing Happened

26 Mei 2012

Sumthing happened to me. Sedih sangat. Aku x sangka berlaku pada diriku.. Tuhan, bantu aku untuk lebih tabah dan kuat.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Out Station di Pulau Redang

22 - 24 Mei 2012

Aku telah ditugaskan untuk out station ke Pulau Redang.. memang tak jauh sebab aku dok Kuala Terengganu je. tapi aku tetap suke.. aku suke suasana kat sana. Cantik.. Aku ke sana 3 hari. Naik dari Jeti Merang, Setiu.

Add caption


On da way to Merang Jetty.
Then dari Jeti Merang, naik bot terus ke Long Beach, Pulau Redang.. Berdebar2 naik bot tu.. Sampai tengahari, makan. Lepas tu terus wat kerja. Benti makan n solat je. Petang baru rehat sikit. sempat gi snorkerling kat tepi pantai je la.. sebab dah petang kan.. redha je la.. heheee... malam sambung buat kerja lagi,... memang penat gile.. tapi berbaloi sangat dengan pemandangan yang sangat cantik..

Nah gambar tuk korang :



































Selamat menjamu mata...

Selasa, 19 Jun 2012

Jangan Menipu Jika Anda Tidak Suka Ditipu

Hye readers...( ade ke yg baca blog haku ni..hehee.. )

I'm back with new entry.. Entry ni cam best2 je kan..tapi actually aku dah lama nak buat entry pasal tipu, menipu, ditipu dan tertipu ni..cuma selalu xde idea.. kalo bab tipu ni rasanye semua orang x suka kn? lebih-lebih lagik kalo ditipu.. korang pernah takditipu? cane rase ditipu? sakit kan.. i'm sure ramai yang pernah ditipu..x kisah la ditipu oleh sape2 pun..suami, boifren, kawan, bestfren ( kl tipu2 ni panggil bestfren gak ke?), n bla bla bla... kalo ngan musuh, xpe la kan.. dah nama musuh, mesti la dorang x kisah bab2 tipu ni..dah memang motif pun nak sakitkan hati.. kalo musuh tu maybe kita xde la nak terasa sangat kan.. tapi cane kalo orang yang tipu u all tu, orang yang baik ngan korang.. orang yang korang syg.. bertahun2 pun konpem x dapat nak lupa kn?

Nabi s.a.w telah bersabda:

من غشنا فليس منا

Maksudnya: "Siapa yang menipu kami, maka dia bukanlah di kalangan kami"
(Hadith sahih dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No 1058)

Berbahagialah jika anda dihormati dan disayangi kerana agama (Islam) yang menghiasi diri. Namun, jangan sekali pergunakan itu sebagai tiket untuk menutup mungkar yang dilakukan dan akhirnya menipu orang lain. Penipuan itu teramat sakit rasanya untuk orang yang ditipu dan tertipu bila mana ianya dilakukan oleh ORANG YANG DILABEL SEBAGAI AGAMAWAN

Setelah sekian lama...

Salam semua...

Lamanya x hapdet belog.. agak sibk dan line internet pon sangat la 'membantu' kalo aku nak surf internet.. ini kan lagi nak post entry.. alamatnye berjanggut la aku kat sini.. Ari ni aku nak Qadha' entry2 sebelum ni yang aku x post.. sepanjang aku hapdet belog aku ni, banyak sangat bende menarik, sedih, happy yang berlaku. tapi sayang aku tak sempat nak letak dalam belog. takpe, aku cuba sedaya upaya aku..
Tunggguuuuuu!!!!

 
Blogger Templates by Wishafriend.com