Korang kalo pilih kedai makan ke, Restoran ke, korang pilih berdasarkan ape? Nampak esklusif? Mahal? Cantik atau dikunjungi ramai pelanggan? atau korang pilih kedai yang bersih? atau korang berfikiran kedai yang nampak mewah dan esklusif, dikunjungi ramai pelanggan, lebih2 lagi kalo pelanggan die tu orang kenamaan @ Dato'2, kedai mesti tip top dan bersih? Let me tell u sumthing about kedai-kedai makan kat Malaysia ni..Tapi tak semua macam gitu tau.. mostly laaa...
Tuntutan kerja membuatkan aku sering berhadapan dengan bermacam2 jenis kedai makan dan restoran. memeriksa kedai makan ni kadang-kadang seronok, dan kadang penat melayan kerenah2 food handlers.. tapi yang untungnya aku dapat tahu kedai mana yang bersih dan kedai mana yang cantik hanya di luaran sahaja.
Tak semua restoran yang mewah, eksklusif dan dikunjungi datuk datin ni sebenarnya bersih. malah kadang lagi teruk dari gerai-gerai tepi jalan.. unbelievable kn? tapi tu la hakikat yang membuatkan aku begitu berhati-hati memilih kedai makan @ restoran untuk membeli makanan. mungkin bagi tokey2 kedai ni, mereka x kisah dengan kebersihan sebab pelanggan hanya dok kat luar..mananak nampak ape terjadi di dapur.
Aku teringat satu kedai kat tempat aku ni..kalo aku sebut kat sini, mesti ramai orang terengganu kenal.. kat luar die memangmewah..kalo setakat aku ni, x mampu kot nak makan kat situ.. masa kitorang sampai, aku cakap la kat member aku, yang ni mesti bersih kan, maklumla restoran macam ni...dengan pekerja siap beruniform bagai.. aku pun dengan langkah bergayanya, masukla ke dapur die.. Ya Rabbi... tergozut aku.. dengan lantai becak.. puntung rokok bersepah2..walaweiii.. aku nak jalan pn kne slow2 je tau..takut tergolek..sisa makanan bersepah atas lantai.. selepas diperiksa semua2, maka kedai tersebut aku arahkan tutup untuk proses pembersihan.. haaaa... kali ni aku memang betul2 terkejut bile aku bagitahu owner die kedai ni kene tutp, die cakap, kedai ni x boleh tutup.. sebabnye penaung kedai tu orang2 besar, dan kerabat..mak kau...dah tahu penaung tu orang besar dan kerabat yang makcik tak make sure kedai tu bersih kenapa. tak ke knaya kalo la orang tu tetibe je buat lawatan sambil belajar kat dapor tu, maunye pengsan die kat kedai tu..huhuuuu..siap boleh cakap pelanggan die sume orang kenamaan, orang besar and datuk datin..bukan datuk nenek tau.. die kate xde pulak yang sakit perut lepas makan kat kedai.. iyer la makcik oiii.. ade ke dorang nak mai habaq kt ampa suma depa tu sakit perut lepas makan kt kedai ampa..knfem la dorang terus gi hospital atau klinik kan.huhuuu... maka dengan sedikit tegasnya, (sedikit je, sebab cuak gak main ng orang besar2 ni..dah la aku kecik je) aku terpaksa tutup jugak kedai tu untuk kerja pembersihan demi kesihatan orang awam...chewahhhh... siap cakap kalo taknak tutup jugak terpaksa buta surat rasmi ke orang yang berkenaan tu..hikhiikhiiikkk...kejam tak???
Kesimpulan yang aku buat malam tu, jangan la nilai restoran dari luaran.. tapi tak semua tau kedai yang macam tu, tak bersih.. tapi kesian kan pelanggan ni.. owner nak untung je, tanpa pikir kesan kat orang lain.. langsung tak ambil peduli pasal kebersihan. Kepada Food Handlers kat luar sana, tolong la renung-renungkan ye.. kami mahu makan makanan yang selamat dan bersih.. kalo korang pun mesti nak yang sama kan??
So, pada mereka2 yang selalu makan kat luar tu, plizzzz pilih la kedai yang betul2 bersih..tengok food handlers die bersih ke tak, atau paling senang, pilih la gerai/kedai makan/ restoran yang kami dah bagi gred A.. Amalkan Cara Hidup Sihat...
Rabu, 30 Mac 2011
Kedai makan/ Restoran esklusif, mahal, cantik dan ramai orang..... Bersih ke?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan