Rabu, 24 Ogos 2011

Kenangan Di Kala Kecilku

As-salam..

Lagi seminggu, kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Perasaan aku? tak tahu la.. Baju raya takde. Persiapan pun tak buat. Serius macam takde mood nak raye. Tapi, baju raya takde pun, aku sempat lagi beli kasut raya..heheee.. Perempuan kan.. Nak jugak beli satu.. :p..Hari kelima raya, aku dan keluarga akan ke Pahang. Nak gi hantar adik aku lapor diri ke UMP. Disebabkan kami ramai.. Adik beradik ramai, terpaksa la pegi 2 kereta.  Satu ngan kete abah. 1 lagi kete aku..

Bila bayangkan naik kete ramai2 macam ni, aku teringat zaman kecik-kecik ku. Masa tu kitorang baru 4 beradik. Yang bongsu masa tu kecik lagi. tak sampai setahun pun. Abah baru beli kete terpakai.. Suatu ketika dulu, kitorang hidup dalam serba kesederhanaan. Abah hanya mampu beli kereta toyota lama yang terpakai. tak silap aku, Toyota Corolla. kalo gi jenjalan, sume nak ngikut. Taknak tinggal. Lebih-lebih lagi kalo jenjalan jauh-jauh. Mak dok depan pegang adik kecik, aku dengan dua orang adik lagi dok belakang. Selalunye kitorang akan berdiri atas kerusi sambil pandang belakang.. Nyanyi-nyanyi ntah lagu ape-ape. Adik no 3, juz goyang2 badan sebab tak reti nak nyanyi. Dalam kete tu, abah hamparkan surat khabar ke bawah. Alaa..kat tempat letak kai tu la. slipar letak bawah surat khabar tu. lepas tu hampar toto pulak kat bawah tu. Toto kecik tuu.. Dah penat nyanyi2, main2, gaduh, kitorang tidur. sorang tidur atas kerusi, dua lagi tidur kt toto kat bawah. selalunye aku berebut nak tido bawah. sebab tak silau dengan lampu jalan. Yang selalu jadi mangsa tidur kt atas kerusi, adik aku no 3 la. Sekarang kenangan tu jadi kenangan indah kami. selalu bila berkumpul ramai2, kami akan cerita balik. Tapi adik2 aku skrg dah takde dah tidur macam tu. sebab kami dah ramai. tak cukup ruang nak tidur. semua tidur duduk je.

Seronoknya mengimbas balik kenangan lama. Dengan kenangan lama lah aku tersenyum merasai keindahan masa lalu. kenangan itu lah yang mengajar aku erti kehidupan. walaupun kami serba kekurangan, tapi ia tak mengurangkan keseronokan kami.

Bila Kebosanan Melampau Melanda

Hari ni siyes aku bosan gila kat ofis. Bukan takde keje tapi sistem tak berapa nak lancar. Aku jadi tensiaon nak key in data. Last-last sementara aku dok menunggu sistem loading, aku dapat siapkan 2 header. 1 untuk kawan aku. Die ni newbie blogger. (eh eh..macam la aku dah terer berblog. ye tak. padahal masih terkial-kial lagi). satu lagi aku buat untukku sendiri. siap tukar background lagik. heheee...

Mula-mula naksiyes macam pening pening lalat. tak tahu nak start kat mana. Semua software pakai. Photoscape la, photoshop la.. dah siap, wahhh seronok la... lenkali leh la buat banyak-banyak,  simpan je. rasa nak tukar, tak perlu buat baru ye tak. Tapi cedih la.. apesal macam tak centre je ek.. huwaaaaa....Tulunnnnnnn!!!!


Selasa, 23 Ogos 2011

day 17 - gambar bilik idaman anda

Salam..

Haiyooo... Lamenye tak hapdet ini belog.. Patutla macam dah berhabuk je..hehee.. cabaran pun dah tertangguh.. apepun, aku nak sambung gak cabaran 30 hari tu..tak kire..tak kire...

Aku suka bilik tidur yang ringkas. Contoh macam gambar kat atas tu la. tapi aku suka kaler pink. gambar yang ade lak kaler biru. Takpe la.. Asalkan bilik kn?

Ha..ni satu lagi. Suka sangat tengok bilik ni. kalo boleh nak macam ni la bilik tidur.. Heheee.. Tapi confirm En. Hubby tak bagi sebab die tak suke pink.. Die suke hijau je... Huhuuu..


Rabu, 17 Ogos 2011

Day 16 - Guru Sekolah Anda Yang Paling Anda Suka

Guru sekolah yang paling saye suke.. alamak.. sape ek..susah dowh soklan.
ni sebab aku budak nakal punyer pasal la ni. hohooooo.... Eh, ape plak kaitan aku budak nakal ngan cikgu yang paling aku suke ni..  melalut lalut la pulak kan....

Masa sekolah rendah aku paling suke Cikgu BI aku.. memang suke sangat sebab cikgu ni baik. lemah lembut.. Bile dah sekolah menengah, aku suka cikgu BI aku. masa tu aku Form 2 -3. Teacher Roshima Abd. Manap name die.  Orang die cantik,dahtu suke senyum.. Tapi sekarang aku dah tak tahu dah die mengajar kat mana. aku gi sekolah lama aku pun, die dah takde. Die dah pindah sekolah lain kot.

Isnin, 15 Ogos 2011

"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"


Korang.... Korang nampak tak banner kat atas tu.. kalo dah ade banner cenggitu, dats mean puan Wawa join Ga.. kali ni Pn. Wawa join GA Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim.

Pn. Wawa nak tag :

Kalo korang nak join leh ar click banner kat atas tu.. Korang jenguk2 la syarat2 die kat situ.. 

Nak tahu adiah tak?

Haaaa.. Ni dia.......

Hadiah :

1. Kad raya big size + 3D kartun + bunyi2 & Duit raya RM20

2. Kad raya kecik sikit dari size yg no.1 & duit raya RM15

3. Kad raya size sederhana & duit raya RM10

4. 3 orang pemenang saguhati akan menerima kad raya & duit raya RM5 

Pemenang dipilih oleh En. Random ye..
Tarikh tutup GA ni : 21 Ogos 2011.

Jom join reramai, kite meriahkan GA Fairus Ibrahim ni...

Ahad, 14 Ogos 2011

Holy Water vs Murtad

Tadi aku dok blogwalking.. tersinggahlah 1 blog yang agak femes la aku rase.. x perlu la kot aku noted kat sini blog tu.. korang carik la sendiri yek.. blogger ni bercerita tentang ketidakpercayaan die terhadap kewujudan Holywater dalam memurtadkan orang Islam.

Aku taknak la kondem mana-mana pihak sebab masing-masing ade pendapat sendiri kan. aku cuma ingin bagi pendapat dari segi pemikiran aku yang kurang ilmu dan blaja tak berapa nak tinggi ni.  Harap-harap tak jadi salah faham pulak ye..

First of all, aku nak huraikan tentang Holy water ataupun dikenali juga sebagai air suci di kalangan kristian.  Melalui pembacaan aku, holy water ni memang wujud. dikuatkan lagi dengan pendedahan bekas-bekas paderi. malah kalo kita tengok citer omputih yang ade citer pasal2 gereja ni pun ade holy water. cuma dorang tak tunjuk je warna air tu dan apa tujuan air tu. menurut pembacaan aku, air ni dibuat dari bahan yang kotor seperti janin dan sebagainya. malah dijampi dan dibaca ntah ape pun kita tak tahu. Maka air ni dah jadi air yang tidak suci lagi tidak menyucikan.

Kemudian, berbalik pula pada soalan holy water boleh memurtadkan orang Islam. Betul ke? Yang ni serius aku tak berani nak kata pape, takut tersalah cakap, buruk padahnya. Cuma aku nak highlight kat sini kesan dri minum air yang kotor seperti air holy yang kononnya air 'suci' tu. Sebagai umat Islam, kita mestitahu kan, kalo kita makan sesuatu yang kotor dan najis, hati kita akan jadi gelap. Harap maklum ye, bukan hati orang yang makan benda yang kotor ni jadi warna hitam, orang yang tak makan tu, hati die warna putih. maksud gelap ni, tak terima hidayah Allah. Nur Islam terpadam dari hati die. macam kite minum arak, makan hasil riba, hasil duit haram. sama la jugak, jadi gelap gak. Tapi air holy ni, korang kena faham satu perkara, dicampurkan dengan janin. janin tu means bayi yang digugurkan. korang bayangkan, janin tu manusia, dengan darah ape semua.. darah tu najis. jadi air holy tu secara automatiknya najis la jugak kan. tambah-tambah lagi dibaca pulak dengan jampi serapah ape ntah. jampi serapah ni mesti la bekerjasama dengan syaitan kan? so korang fikirlah sendiri. kita ni iman dah lah senipis kulit bawang, minum pulak air tu. tak ke gelap gelita hati tu. Tertutup la pintu hati dari hidayah Allah. Nauzubillah..

Bila hati sudah tertutup dari hidayah Allah, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Bile pendakyah menceritakan tentang agama kristian yang kononnya 'benar', maka hati cenderung untuk mengiyakan. Sebab, Nur Islam sudah tak ade. Syaitan bermaharajalela di hati. Itu yang menyebabkan murtad. Bukan air tu yang berkuasa memurtadkan orang. salah tu. Air tak berkuasa. Tapi dalam Islam sendiri dah bagitahu punca makanan kita tu yang mencorakkan hati kita. Yang menjadi darah daging kita.

Berbalik soal air, mengikut kajian barat sendiri mengakui, zarah2 air berbeza.. Air yang paling baik adalah air zam-zam, air yang dibaca ayat al-Quran, zikrullah. Manakala air yang dibaca dengan perkataan perkataan keji, kesat merubah zarahnya menyerupai barah, bentuk menakutkan dan lain-lain.. Anda fikirkanlah perbezaan air bacaan Yasin dan air holy dan kesannya pada tubuh badan kita. Aku percaya korang semua mempunyai akal fikiran yang waras, yang boleh berfikir sebaik-baiknya.

Tu je ulasan aku berkenaan isu tersebut. Aku mintak maaf kalo ade salah aku sebab segala yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu dari aku sendiri. mana yang aku silap, aku mohon orang yang lebih arif perbetulkan. kita sama2 belajar..

day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?

Hohohooo.. Pn. Wawa datang lagikkkk...
Tengok tajuk ni cam teruja sebab dok bayangkan kalo lah btol aku dapat RM 1 juta..
Kalo lah betol kan, makcik kayooo!!!!! Makcik Kayo!!!!!!
Tapi berangan je la.. ngeeeee...
Kalo la aku dapat RM 1 juta ni,
RM 500,000 - aku beli rumah yang halaman die luas sebab aku nak upah orang wat landscape..
RM 100,00 - simpan, untuk masa akan datang
balance - Bagi parents untuk gi tunaikan haji, kalo la ade balance lagi, aku nak tunaikan impian aku untuk bukak perniagaan, bukak butik..


nota kaki, tangan - Ade tak sesape yang nak bagi aku RM 1 juta tu? berangan lebey je la kot..huhuuu...

Sabtu, 13 Ogos 2011

Day 14 - Perkara Menarik Yang Anda Lakukan Hari Ini

Hari ni aku xde buat ape2 yang menarik pun...sume rutin harian je.. 1 hari aku dok umah je nengok tv. Petang, gi bazar ramadhan carik juadah utk berbuka. Lepas berbuka pun, aku lepak kat umah je ngan en. Hubby. Kesimpulannya, hari ni xde perkara menarik yang berlaku.. Sekian ye...


** sorry ye, ejaan sangat ringkat, sebab blogging tru my fon yg cikai itu..

Jumaat, 12 Ogos 2011

Day 13 - Apa Yang Ada Dalam Beg Duit Anda

Salam semua..

Hari kedua untuk sesi menggeledah beg..kali ni beg duit lak.. tappi hari ke 13 untuk cabaran 30 hari tu.. huhuuu..
Sebenarnye aku takde beg duit, sebab aku tak suke pakai beg duit ni.. 
Yang aku ade beg tangan aje.. Sebabnye beg tangan aku tecikkk, tak muat ngan beg duit aku kat umah.. So aku malas nak bawak.. ngeeee...
Oleh sebab aku letak duit aku dalam beg tangan je, so aku nak ajak korang menggeledah beg tangan aku je la ek.. aci je kan? kan?  

Ni la die Beg aku tu.. semua mak gajah aku sumbat je dalam ni kecuali beg duit.. heheee.. Hadiah dari En. Hubby. sebab die  minat sangat ngan barangan Nike, die belikan untuk aku pun beg Nike gak..huhuuu..
Dalam beg ni ade :
1. Resit2 shopping aku
2. charger enset
3. Cop nama aku (sebab aku slalu kne keluar time keje, so aku bawak je gi mane2, senang ckit)
4. Pendrive
Kad kuasa aku. (senang kalo kne wat xtvt penguatkuasaan, memang dah ade dalam beg. takde la kes tertinggal ke ape ke.)
5. Pen
6. Enset
7. Highlighter
8. Pemotong kuku
9.Duit
10. Tisu
11. Kad bank
13.Beg makeup kecik aku
14. Kamera Lumix

Antara barang2 yang ada dalam beg ku...

Khamis, 11 Ogos 2011

Day 12 - Apa Yang Ada Dalam Beg Mekap Anda

Salam...
Hohohooo...Sesi menggeledah beg..kali ni beg make up.. aiyokkk.. dah terase cam artis la pulak kena geledah2 beg ni nak tengok ape ade dalam tu.. uwerkk.. sila muntah ye sebab saye sudah terperasan..

Actually saye ade dua beg makeup..1 kat umah, dan 1 lagi untuk gi jenjalan..cakap banyak

Cicak Oh Cicak

Salam semua..
Hari ni Pn. Wawa nak story kat u olls satu kisah tau.. tapi u olls kne janji jangan gelakkan Pn. Wawa ye.. ^_^

Pagi tadi, bukak hot fm.. dengar hot chat untuk hari ini pasal reaksi bile ternampak binatang or serangga secara tiba-tiba.. memang macam2 cerita la dapat dengar..

Rabu, 10 Ogos 2011

Day 11 - Gadjet Yang Anda Ada

Walaupun aku ni minat sesangat ngan gadget2 yang terkini kat pasaran tu, tapi aku xde banyak gadget pun.. sikit2 tu ade la.. Bukaan taknak beli, tapi kewangan aku sangat2 tak mengizinkan..huhuuu...
Ok, back to the title today, ni die gadget yang aku ade..

Selasa, 9 Ogos 2011

Kepada Mu Aku Meminta

Ya Allah, 
Jauhkanlah aku dari perasaan hasad dengki..
hilangkanlah perasaan benci membenci dari dalam hati ku..
Jangan izinkan hati ini terdetik rasa mencurigai kebaikan orang lain..
Ya Allah,
bersihkanlah hatiku dari dari segala kekotoran dan kegelapan..
sinarilah hatiku dengan cahaya dariMu, Ya Allah..

Ya Allah, 
Jauhkan aku dari sifat cemburu sesama insan
Kerana aku taklayak untuk mempunyai perasaan itu..
kerana aku tahu, setiap makhlukMu ade keistimewaan sendiri..
Ya Allah, bukakanlah hatiku untuk sentiasa merendah diri
sentiasa menjaga peribadi dan akhlak
dan sentiasa menjaga ibadahku kepadaMu.

Ya Allah,
bukakanlah hati orang2 yang pernah aku sakiti untuk memaafkanku
dan bukakanlah pintu hatiku untuk sentiasa memaafkan kesalahan orang lain terhadapku..

Semoga akhlakku, peribadiku, 
sentiasa berlandaskan agamaMu..
Amin...

credit to En. Google


day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?

Salam Ramadhan buat semua...

Dah sampai hari ke 10 dah saye dalam cabaran ni.. huhuuu.. tapi kan... bile tengok tajuk ni, saye dah buntu.. tak tahu nak tulis ape. sebab siyesly, ari ni memang takde pape berlaku lagik.. suma hari ni aku datang ofis dari umah mak.. bawak adik skali sebab die nak buat med. check up..

Tu je yang berlaku ari ni setakat pukul 10.00 pagi..petang nanti, tak tau la ape yang akan berlaku..

Isnin, 8 Ogos 2011

Day 9 - Perasaan Anda Hari Ni

Perasaan aku hari ni, aku sendiri tak tahu ape perasaan aku sebenarnye.. nak kata happy, aku takde pape yang buat aku happy.. aku rasa macam bosan je ade la... huhuuu.. Aku bosan sebab rasa masa lambat sangat berjalan. lamanya nak tunggu abes office hour.. padahal kerja banyak..huhuuu....

Ahad, 7 Ogos 2011

Day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami

Pergaduhan paling teruk eh.. aku ade dua pergaduhan paling teruk yang aku alami.. tapi aku nak letak yang mane 1 ek? kalo letak dua2 boleh tak? huhuuuu..

1. Pergaduhan pertama..
ni terjadi dalam tahun 2008 kot..awal tahun gitu la..dah lupa dah tarikh.. tapi yang pasti masa tu aku tengah praktikal.. bergaduh ngan rumet aku.. Die nuduh aku macam2 dansebarkan cerita memalukan aku kat kengkawan lain.. aku hangin la.. dah lama sabar ngan die.. last2 meletop.. sampai babitkan keluarga, tu yang buat aku ngamuk sakan.. sampai sekarang aku still tak bertegur sapa.. Tak baik kan? tapi aku tak boleh nak tegur bila ingat balik ape yang die dah buat selama kitorang kenal..

2. Pergaduhan kedua..
Hurmm.,.yang ni aku taknak ulas panjang... sebab aku dah pernah buat entry pasal tu.. cuma aku nak bagutau, aku dah maafkan die.. Tapi untuk tegur die balik macam dolu2, susah sikit kot.. Aku harap suatu hari nanti pintu hati aku terbuka untuk boleh terima die seperti mana dulu2...

day 7 - tiga perangai baek anda

Alamak.. tertinggal lah 1 entry semalam.. aduiii.. xpe2, aku cover 2entry untuk ari ni..okeh...

Ok2, back to the title.. 3 perangai baek aku...
Perangai baek? ape yek perangai baek aku ni.. 
Ade ke? huhuuu...
Setelah aku carik-carik, nah ni die perangai baek aku konon-kononnye...
Sila jangan muntah ye...

1. Cepat memaafkan orang walau sebesar mana salah orang tu..tapi aku ni selalu tak ngaku aku dah maafkan orang tu..konon2 ego tinggi..tapi sebenarnye dalam hati, start gaduh tu pun aku dah maafkan dah pun.. tak reti nak simpan lame2.
2. Cepat sejuk bila marah..walau macam mana marah sekali pun, tapi tak lama..kejap je dah boleh senyum2..suka2..ketawa2..
3. Suka budak-budak.. erk..boleh masuk perangai baek ke? boleh la yek.. heeee...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Day 6 - tiga perangai burok anda

Tiga perangai burok? tiga je ek? seb baek... kalo nak banyak2 maunyer tak tersenarai nanti..hehheeee...

ok, tiga perangai burok aku.. ape ye? banyak sangat la.. tak tersenarai rasanye...

1. Aku suka tidur...
2. Aku sangat kuat melantak makan.. 
( pastuh bising badan gemuk..padahal salah sendiri suke ternak lemak..)
3. Cepat marah a.k.a naik anggin.. ( tapi mudah sejuk tau..)

Sila jangan tiru perangai saye yer.. sangat lah tidak baik untuk seorang wanita.. apetah lagi kalo kamu belum kahwin lagi.. alamatnye jadik anak dara tua la..

Khamis, 4 Ogos 2011

day 5 - status anda ? relationship anda?

Status? relationship? huhuuuu..
Saye ni isteri orang so ini bermakna saye sudah berkahwin..
itu saja, sekian, terima kasih..

Sorry Ye Mr. Oren... Saya Tak Sengaja (-_-)

Kesian Mr. Oren saye.. saye dah cederakan Mr. Oren saye.. baru je saye pakai, terus cedera.. masa hubby yang guna, takde lak nak cedera2 neh.. Sedih woooo... dua tempat lak tu terlukanya Mr. Oren saye tu.. dat's mean 2 kejadian.. cuai saye ni kan? hukhukhukkk...


1st kejadian :
En. Hubby gi Pulau Redang, so saye dok umah mak.. konon2 sebab dah ade lesen kan, nak pergi sendiri la.. abah ajak tumpang kete die, tak layan.. nak drive kete sendirik.. hari pertama, ok, xde pape.. berjalan lancar.. siap malam keluar lagik.. antar adik gi sekolah la.. gi jalan2 window shopping la..hari kedua, pun setel je.. rasecam, wahhhhaku dah berani bawak kete.. yeah..yeahhhh...

tapi hari last kat umah mak, pagi nak gi keje......
saye nak reverse kete.. abah n mak ade kat belakang,.. 
dalam hati : takpe kalo tak nampak kat belakang pun, abah ade, sure die tlg tengoknyer (dengan yakin tu)

Tibe-tibe..dupppp...serentak ngan jeritan mak, "stop...stop...stop!",. terus tekan brek, tukar gear normal dan angkat handbreak..turun kete tengok pasu mak dah terguling.. alamakkkk...huhuuuu.. gi tengok blakang kete...huwaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Sebbaek sikit je..agak2 klo polish ilang tak?

 Tragedi Kedua :
Yang ni memang saye tak tahu masa mana kena.. yang pastinye minggu ni memang saye yg banyak guna Mr. Oren ni.. Balik kampung la.. jalan2 la.. gi kerja,..  hari pertama pose, saye gi Bazar Ramadhan Batu Burok sorang2 disebabkan En. Hubby dah pegi Bazar ramadhan Shahbandar.. Tengah2 syok usyar makanan, tbe hubby datang..heheee..
masa nak balik tu, saye terus la gi kat kete kan..ye la, dah saye yg bawakan, konfem la kan saye yang kena bawak balik. En. Hubby mesti la kena balik ngan moto die.. takkan nk tinggal moto die kat situ.. huhuhuuu..
Tibe-tibe, dah nak sampai kat kete, En hubby tanye, " kete kena ape pulak tu kat depan tu?"
saye dengan konfidennye jawab, " mane ade kena pape pun."
Hubby : dah tu pasal pe calar?
Saye : mane ade....
Hubby : ni ha... kalo tak calar ape gini?

toing..toing... nak tercabut biji mate tengok.. Kete aku....... huwwwaaaaaa...

korang nampak tak? nampak tak? banyak tuuuuu...

Yang ni siyes aku tak tahu kena ape. memang tak sedar langsung masa mane dan kena ape.. nak kate gesel ngan pape, macamtakde je.. ke aku yang tak sedar ek? huhuuu.. dah rase cam fobia sikit nak bawak kete.. T_T

Rabu, 3 Ogos 2011

Day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang

Dah masuk hari keempat dah.. Huhuhuuuu..
Ape ek aku suke buat kalo dok sorang.. aku sendiri pun tak tahu sebab aku tak suke dok sorang sorang.

Tapi kalo dah terpaksa dok sorang, ini ler yang aku selalu buat :
1. Baca Novel or majalah
2. tengok TV even time tu takde citer yang best pun.
3. Surf internet.. blogwalking ler, pelagik...
4. men game.. (yang ni kalo takdok sorang2 pn aku buat gak)
5. layan citer korea..

Selasa, 2 Ogos 2011

Day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido

Sebelum korang tido, selalunya korang wat ape ek? ade yang termenung.. ade yang layan lagu.. betul tak? Kalo aku pulak, aku takde derr nak termenung ke dengar lagu ke.. kalo aku dok dengar lagu, konfem aku tak tido.. sebab aku tak boleh tido kalo bising2 ni.. mesti nak suasana sunyi je.. tapi aku ade satu habit yang memang aku takleh nak ubah.. 
Baring je atas katil, macam otomatik je tangan mesti capai henpon, pastu mesti nak kena online FB kejap.. wajib tau.. tiap-tiap malam.. tapi takde la tru lappy aku kan.. tak ke macam takde keje sangat kalo dah nak tido sesangat tu tibe2 gi bukak lappy lak.. 
tru phone je la.. huhuuu.. 

Itu la keje aku tiap2 malam sebelum tido.. Online FB tru henpon cikai aku tu..

Isnin, 1 Ogos 2011

Day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

Moviepaling best yaku pernah tonton/ tengok???
Ape yer?? Susahnye soklan ni..pesal la soklan die susah sangat eh..
Soklan SPM pun tak susah cenggini.. hahaahaa.. poyo tak aku..
kalo movie ni, aku suka.... ermmmm....



citer Rio

Alaa...yang kartun tu..citer pasal burung2 tu..
best sebab burung2 tu comel sangat..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com