Rabu, 24 Ogos 2011

Kenangan Di Kala Kecilku

As-salam..

Lagi seminggu, kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Perasaan aku? tak tahu la.. Baju raya takde. Persiapan pun tak buat. Serius macam takde mood nak raye. Tapi, baju raya takde pun, aku sempat lagi beli kasut raya..heheee.. Perempuan kan.. Nak jugak beli satu.. :p..Hari kelima raya, aku dan keluarga akan ke Pahang. Nak gi hantar adik aku lapor diri ke UMP. Disebabkan kami ramai.. Adik beradik ramai, terpaksa la pegi 2 kereta.  Satu ngan kete abah. 1 lagi kete aku..

Bila bayangkan naik kete ramai2 macam ni, aku teringat zaman kecik-kecik ku. Masa tu kitorang baru 4 beradik. Yang bongsu masa tu kecik lagi. tak sampai setahun pun. Abah baru beli kete terpakai.. Suatu ketika dulu, kitorang hidup dalam serba kesederhanaan. Abah hanya mampu beli kereta toyota lama yang terpakai. tak silap aku, Toyota Corolla. kalo gi jenjalan, sume nak ngikut. Taknak tinggal. Lebih-lebih lagi kalo jenjalan jauh-jauh. Mak dok depan pegang adik kecik, aku dengan dua orang adik lagi dok belakang. Selalunye kitorang akan berdiri atas kerusi sambil pandang belakang.. Nyanyi-nyanyi ntah lagu ape-ape. Adik no 3, juz goyang2 badan sebab tak reti nak nyanyi. Dalam kete tu, abah hamparkan surat khabar ke bawah. Alaa..kat tempat letak kai tu la. slipar letak bawah surat khabar tu. lepas tu hampar toto pulak kat bawah tu. Toto kecik tuu.. Dah penat nyanyi2, main2, gaduh, kitorang tidur. sorang tidur atas kerusi, dua lagi tidur kt toto kat bawah. selalunye aku berebut nak tido bawah. sebab tak silau dengan lampu jalan. Yang selalu jadi mangsa tidur kt atas kerusi, adik aku no 3 la. Sekarang kenangan tu jadi kenangan indah kami. selalu bila berkumpul ramai2, kami akan cerita balik. Tapi adik2 aku skrg dah takde dah tidur macam tu. sebab kami dah ramai. tak cukup ruang nak tidur. semua tidur duduk je.

Seronoknya mengimbas balik kenangan lama. Dengan kenangan lama lah aku tersenyum merasai keindahan masa lalu. kenangan itu lah yang mengajar aku erti kehidupan. walaupun kami serba kekurangan, tapi ia tak mengurangkan keseronokan kami.

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com