Ahad, 14 Ogos 2011

Holy Water vs Murtad

Tadi aku dok blogwalking.. tersinggahlah 1 blog yang agak femes la aku rase.. x perlu la kot aku noted kat sini blog tu.. korang carik la sendiri yek.. blogger ni bercerita tentang ketidakpercayaan die terhadap kewujudan Holywater dalam memurtadkan orang Islam.

Aku taknak la kondem mana-mana pihak sebab masing-masing ade pendapat sendiri kan. aku cuma ingin bagi pendapat dari segi pemikiran aku yang kurang ilmu dan blaja tak berapa nak tinggi ni.  Harap-harap tak jadi salah faham pulak ye..

First of all, aku nak huraikan tentang Holy water ataupun dikenali juga sebagai air suci di kalangan kristian.  Melalui pembacaan aku, holy water ni memang wujud. dikuatkan lagi dengan pendedahan bekas-bekas paderi. malah kalo kita tengok citer omputih yang ade citer pasal2 gereja ni pun ade holy water. cuma dorang tak tunjuk je warna air tu dan apa tujuan air tu. menurut pembacaan aku, air ni dibuat dari bahan yang kotor seperti janin dan sebagainya. malah dijampi dan dibaca ntah ape pun kita tak tahu. Maka air ni dah jadi air yang tidak suci lagi tidak menyucikan.

Kemudian, berbalik pula pada soalan holy water boleh memurtadkan orang Islam. Betul ke? Yang ni serius aku tak berani nak kata pape, takut tersalah cakap, buruk padahnya. Cuma aku nak highlight kat sini kesan dri minum air yang kotor seperti air holy yang kononnya air 'suci' tu. Sebagai umat Islam, kita mestitahu kan, kalo kita makan sesuatu yang kotor dan najis, hati kita akan jadi gelap. Harap maklum ye, bukan hati orang yang makan benda yang kotor ni jadi warna hitam, orang yang tak makan tu, hati die warna putih. maksud gelap ni, tak terima hidayah Allah. Nur Islam terpadam dari hati die. macam kite minum arak, makan hasil riba, hasil duit haram. sama la jugak, jadi gelap gak. Tapi air holy ni, korang kena faham satu perkara, dicampurkan dengan janin. janin tu means bayi yang digugurkan. korang bayangkan, janin tu manusia, dengan darah ape semua.. darah tu najis. jadi air holy tu secara automatiknya najis la jugak kan. tambah-tambah lagi dibaca pulak dengan jampi serapah ape ntah. jampi serapah ni mesti la bekerjasama dengan syaitan kan? so korang fikirlah sendiri. kita ni iman dah lah senipis kulit bawang, minum pulak air tu. tak ke gelap gelita hati tu. Tertutup la pintu hati dari hidayah Allah. Nauzubillah..

Bila hati sudah tertutup dari hidayah Allah, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Bile pendakyah menceritakan tentang agama kristian yang kononnya 'benar', maka hati cenderung untuk mengiyakan. Sebab, Nur Islam sudah tak ade. Syaitan bermaharajalela di hati. Itu yang menyebabkan murtad. Bukan air tu yang berkuasa memurtadkan orang. salah tu. Air tak berkuasa. Tapi dalam Islam sendiri dah bagitahu punca makanan kita tu yang mencorakkan hati kita. Yang menjadi darah daging kita.

Berbalik soal air, mengikut kajian barat sendiri mengakui, zarah2 air berbeza.. Air yang paling baik adalah air zam-zam, air yang dibaca ayat al-Quran, zikrullah. Manakala air yang dibaca dengan perkataan perkataan keji, kesat merubah zarahnya menyerupai barah, bentuk menakutkan dan lain-lain.. Anda fikirkanlah perbezaan air bacaan Yasin dan air holy dan kesannya pada tubuh badan kita. Aku percaya korang semua mempunyai akal fikiran yang waras, yang boleh berfikir sebaik-baiknya.

Tu je ulasan aku berkenaan isu tersebut. Aku mintak maaf kalo ade salah aku sebab segala yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu dari aku sendiri. mana yang aku silap, aku mohon orang yang lebih arif perbetulkan. kita sama2 belajar..

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com