Rabu, 15 Ogos 2012

Demam Raya??

Assalamualaikum & Hello


Dah tak lama lagi nak raya kan? Lagi 3 hari je.. ini bermakna Bulan Ramadhan dah sampai penghujungnya. Sedihnye.. lagi setahun baru jumpa balik. Tu pun kalo dipanjangkan umur. 

Walaupun raya dah dekat tapi persiapan aku tak selesai2 gak. Baju aku masih lagi kat tailor. Tudung n baju masih kat kedai.. Eh, aku tak tinggal kat kedai barang aku.. ni maksudnya aku tak beli lagi.. heheee... Bagus tak aku? konfem malam raya nanti baru kelam kabut. Hahahaa..

Actually aku takde mood sangat nak raya. kenapa? sebabnye aku tak sihat. aku malas nak beraya dengan keadaan aku dok kong kong kong!! Minggu lepas lagi aku tak sihat. Hari selasa (07/08) tu aku dah rasa seram sejuk je badan aku. tekak pulak mual2 semacam2 je. Malam tu aku gi melawat adik aku kat hospital, die masuk wad sebab sakit perut. sampai sana tak tahu pun sakit apa. Aku jaga die kejap. Dalam kol 10.30pm gitu, aku balik. sampai umah, aku makan burger. x sampai 15 minit, uwerrkkk!!! berlari2 aku ke tandas. Abes burger aku. huhuuu.. Hampeh.. Aku muntahkan sume burger tu.. 

08/08/12
Lepas sahur, aku muntah2 lagi. kali ni lagi teruk. 10 minit sekali. Kol 8.30pm tu, takde bende dah yang kuar. Air je. Masa tu perut aku sakit sangat sampai nangis2 aku. Tak tahu pasal ape aku muntah. Badan aku memang lembik gile ari tu. Konfem2 la aku tak pose kan. cane nak pose kalo nak bangun pun tak larat. malam aku dah ok sikit. Muntah sekali dua je. 

Lepas hari tu, aku batuk2 dan selsema. badan aku memang rasa monyok je. sampai la ni, aku tak baik lagi batuk ni. seksa woo.. asyik kong, kong, kong, je. nak gi memane pun tak selesa.

Sebenarnya, aku ni on treatment ngan gynea. ingat tak ari tu aku gi sepital. alaa.. yang entry ni.. Doc ade bagi aku clomid, duphaston dan acid folic. ni cycle kedua aku la.. tak tahu la kot2 ni kesan aku makan clomid sampai jadi macam ni.. takpe Najwa, bertabahlah.. lagi 1 cycle je lagi.. 

Harap aku akan sembuh sebelum raya nanti. kengkawan, doakan aku ye...

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com