Selasa, 28 Ogos 2012

Korean Dried Seaweed Soup

Hari ni aku nak share resepi lak dalam blog aku ni. Resepi korean dried seaweed soup or sup rumpai laut kering. Ni semua pasal terpengaruh dengan citer korea la ni. selalu tengok time besday dorang, dorang akan makan sup ni. Macam sedap je kan kalo tengok orang korea makan ni. So, aku try la walaupun aku agak bimbang dengan rasa seaweed tuh,.. Siyes, sebab seaweed tu bau die sangat la tak menyenagkan. tapi bile dah buat sup, memang sedap giler woi.. Sedap yang gile. Bukan aku tau.. Lagi sedap dari sup sayur kita ni ha.. rasa die kenyal2 macam cendawan sikit2.



Ni la die ghuper sup tu.. nampak memang tak menyelerakan. Dah makan, konfem nak lagi.
Ni aku bagi resepi die..

Bahan :
1 genggam seaweed kering (rendam - 15 minit)
400g daging (potong kecil)
Stok daging
4 - 6 ulas bawang putih - diketuk
4 Sudu minyak bijan
Lada hitam (ikut suka kepedasan masing2)
garam

Cara memasak :
1. Seaweed yang direndam tadi tu perlu dibasuh beberapa kali untuk hilangkan hanyir die. Seaweed ni akan mengembang tau. Jangan rendam banyak sangat. Kemudian potong2 sikit taknak bagi panjang sangat.
2. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan seaweed yang dah dibasuh bersih tadi. kacau rata.
4. Then, masukkan stok daging dan daging.
5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
6. masak dengan api sederhana hingga mendidih.
tadaaa... dah boleh  makan dah.

p/s : aku tak suka guna daging actually.. tak suke rasa lemak2 daging dalam sup.. aku lebih prefer stok ikan bilis. Lagi sedap, bagi aku la... Korang boleh je tukar dengan ayam ke, udang ke. Kalo nak masukkan telur dan cendawan pun boleh. telur kena pukul dulu sikit, then masuk dalam sup tu masa sup dah mendidih. kacau cepat hingga telur masak. aku tak suka rasa telur dalam sup tu. nanti die tutup rasa seaweed tu.


Dried seaweed. Jenama Giant pun ada. Boleh beli kat pasaraya.

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com