Hai semua,,
Hari tu saya janji nak update result IUI saya kan? ok la.. hari ni saya cerita sikit ye untuk part 5.
Lepas buat IUI aku ambik cuti 7 hari. Actually, aku apply cuti untuk 14 hari tp bos aku luluskan 7 hari je. katanya x cukup kakitangan. Untuk pengetahuan, Unit aku ada 4 orang sahaja termasuk bos aku. Memang masa cuti kerja aku makan, tidur, tengok movie, tengok tv. aku x buat kerja langsung. Hubby bagi aku rehat betul2.
Habis cuti aku masuk kerja. Dan nasib aku tak baik, aku kena handle kursus dekat Bukit Keluang Beach Resort. Ketua aku takde sebab ada urusan lain. so, semua aku buat. usung beg barang2 kursus. pergi sana-sini. memang rasa tak sedap hati dah time tu tapi dah nama kerja nak tak nak aku terpaksa buat. last day kursus sku perasan ada spotting. Sedih sebab aku rasa memang IUI ni tak menjadi kot sebab tanda-tanda nak period dah mai.
Habis kursus, Hubby datang ambik & kitorang balik kampung hubby kat Kota Bharu, Kelantan sebab dah dekat kan. Aku singgah beli UPT. sampai rumah MIL, terus buat UPT. Nampak ade faint line. tapi memang sangat pudar sampai aku kena tengok betul2 baru nampak. Berbunga sedikit hatiku bila nampak faint line. berdoa dan berharap biarlah UPT makin terang dan spotting tu hilang.
Esok pagi, pergi toilet. tengok ade darah. terus aku menangis. Aku xtahu nak kata gugur or period. Tapi yang aku tahu aku dah tak mengandung. BERHENTI BERHARAP.
Seminggu lepas tu aku ade appoiment dengan O&G. cerita kat doktor. Doktor diagnose as IUI tu tak menjadi. yang faint line mungkin False Positive. Walaupun pahit tapi takpe la.. Takde rezeki aku kot. 😀ツ
Selasa, 13 Disember 2016
IUI :: Part 5 ::
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan