Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2012

Demam Raya??

Assalamualaikum & Hello


Dah tak lama lagi nak raya kan? Lagi 3 hari je.. ini bermakna Bulan Ramadhan dah sampai penghujungnya. Sedihnye.. lagi setahun baru jumpa balik. Tu pun kalo dipanjangkan umur. 

Walaupun raya dah dekat tapi persiapan aku tak selesai2 gak. Baju aku masih lagi kat tailor. Tudung n baju masih kat kedai.. Eh, aku tak tinggal kat kedai barang aku.. ni maksudnya aku tak beli lagi.. heheee... Bagus tak aku? konfem malam raya nanti baru kelam kabut. Hahahaa..

Actually aku takde mood sangat nak raya. kenapa? sebabnye aku tak sihat. aku malas nak beraya dengan keadaan aku dok kong kong kong!! Minggu lepas lagi aku tak sihat. Hari selasa (07/08) tu aku dah rasa seram sejuk je badan aku. tekak pulak mual2 semacam2 je. Malam tu aku gi melawat adik aku kat hospital, die masuk wad sebab sakit perut. sampai sana tak tahu pun sakit apa. Aku jaga die kejap. Dalam kol 10.30pm gitu, aku balik. sampai umah, aku makan burger. x sampai 15 minit, uwerrkkk!!! berlari2 aku ke tandas. Abes burger aku. huhuuu.. Hampeh.. Aku muntahkan sume burger tu.. 

08/08/12
Lepas sahur, aku muntah2 lagi. kali ni lagi teruk. 10 minit sekali. Kol 8.30pm tu, takde bende dah yang kuar. Air je. Masa tu perut aku sakit sangat sampai nangis2 aku. Tak tahu pasal ape aku muntah. Badan aku memang lembik gile ari tu. Konfem2 la aku tak pose kan. cane nak pose kalo nak bangun pun tak larat. malam aku dah ok sikit. Muntah sekali dua je. 

Lepas hari tu, aku batuk2 dan selsema. badan aku memang rasa monyok je. sampai la ni, aku tak baik lagi batuk ni. seksa woo.. asyik kong, kong, kong, je. nak gi memane pun tak selesa.

Sebenarnya, aku ni on treatment ngan gynea. ingat tak ari tu aku gi sepital. alaa.. yang entry ni.. Doc ade bagi aku clomid, duphaston dan acid folic. ni cycle kedua aku la.. tak tahu la kot2 ni kesan aku makan clomid sampai jadi macam ni.. takpe Najwa, bertabahlah.. lagi 1 cycle je lagi.. 

Harap aku akan sembuh sebelum raya nanti. kengkawan, doakan aku ye...

Rabu, 20 Jun 2012

Result HSG

06 Mei 2012

Entry lepas aku dah citer pasal aku buat HSG. Hari ni aku ade appointment dengan O&G. Berdebar-debar sebab hari ni aku akan dapat tahu sama ada tiub aku ade blockage ke tak, pastu result serum progesterone cd21 aku. Last sekali sama ada aku boleh buat IUI atau tak. so, pagi2 lagi aku dah tercongok kat O&G clinic. Excited nak tahu result.. poyo je kan..

Tiub aku normal sebelah kanan. takde blockage. sebelah kiri, memang takleh buat ape la sebab tiub aku dah dipotong because of ectopic pregnancy. aku dah pernah citer dulu kat sini. Cuma report penuh aku tak dapat lagi. paling kurang ambil masa sebulan jugak la.. lama lagi tu.. takpe Najwa, sabar... ujian darah aku la sangkut pulak.. progesterone aku betul2 paras normal.. kalo nak buat IUI doktor kata kena tinggi sikit. So, aku kena teruskan makan duphaston. pastu kena ambil clomid lagi untuk 3 cycle.. huwaaaa.. aku dah muak tengok ubat la... kalo boleh aku nak terus buat IUI. Tapi tak boleh. Tension betul. Aku kena datang lagi after 3 cycle. Bulan September ko.. Lame kan????? Tunggu je la.. nak buat macam mana kan?. hurmmm.. Jadinya, IUI aku ditangguh lagi.

Mood : Frust

HSG Done!!

05 Mei 2012

Hari ni aku buat appoiment aku untuk buat prosedur HSG (Hysterosalpingography) kat Hospital Sultanah Nur Zahirah. HSG ni dibuat untuk periksa sama ada akunyer tiub fallopian tu ade blockage ke tak.Actually aku kena buat bulan 3 lagi. tapi atas sebab tertentu tak jadi. masa tu dah sampai jabatan x-ray dah. dah terang prosedur sume dah. tapi x jadi. masa tu dah menggigil dah aku. tapi lega sebab tak jadi. then tunda lagi sehingga next period. bulan 5, hari pertama period, aku terus call unit x-ray untuk wat appoiment. dapat tarikh hari ni (5 Mei 2012). sehari sebelum prosedur tu, aku banyak search kat internet pengalaman orang lain. siyes ngeri.. ramai yang cakap sakit. aku memang takut gile.. siyes, aku tak tipu. 


Sampai jabatan x-ray aku memang menggigil abis. masa kene baring atas katil tu, aku rasa macam sejuk sangat. sampai menggigil. Doktor tu pelik sebab die panas sampai badan die berpeluh tapi aku boleh menggigil sejuk. aku bagitahu aku takut. tengok alat2 die lagi aku menggigil. Tapi nasib baik Doktor ok.. die tenangkan aku dulu. aku dah ready sume baru die start procedure. lame jugak aku nak tenangkan diri. takut wehh... 

Mule2 die masukkan alat yang macam muncung itik tu.. sakit sikit je.. aku leh tahan lagi. pastu die masukkan besi panjang. yang tu aku rasa ngilu sikit sebab die pusing2 benda tu. pas dah ok sume, die kuarkan balik muncung itik tu.. yang tu memang sakit.. aku hanya mampu baca 'Lailahaila anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin'. Aku ulang ayat tu sampai selesai.. sakit ya ampun sebab tibe2 bende tu stuck.. takleh kuar. Masa doktor sedaya upaya nak kuarkan bende alah tu memang sakit. Kemudian aku kena luruskan kaki. Then die flush cecair apa ntah.. masa tu memang sakit. tak sedar aku sedikit terjerit 'Allah, sakitnya'. Aku rasa macam rahim aku nak meletop. sakit sangat.. tapi sekejap je.. then, die soh mengiring ke kanan. x-ray sume2, siappp... Lega aku.. lepas kuarkan sume alat tu, otomatik sume sakit ilang... rasa macam magic lak.. heheee.. 


Then, En. Hubby datang ambik aku. kitorang balik umah mak sebab tahlil arwah nenek aku belum selesai. Tapi petang tu aku sakit perut.. macam senggugut, tapi lagi sakit. sakit yang buat aku takleh bangun. sudahnya aku langsung tak tolong mak ngan adik aku buat kerja. aku tidur je. serius sakit sangat. kalo orang suruh aku buat balik, aku tak nak dah.. serik siot... huhuuu..


Tu la pengalaman aku buat HSG. Apapun aku lega sangat sebab HSG aku dah selesai. hehehee...



Rabu, 30 Mac 2011

Kedai makan/ Restoran esklusif, mahal, cantik dan ramai orang..... Bersih ke?

Korang kalo pilih kedai makan ke, Restoran ke, korang pilih berdasarkan ape? Nampak esklusif? Mahal? Cantik atau dikunjungi ramai pelanggan? atau korang pilih kedai yang bersih? atau korang berfikiran kedai yang nampak mewah dan esklusif, dikunjungi ramai pelanggan, lebih2 lagi kalo pelanggan die tu orang kenamaan @ Dato'2, kedai mesti tip top dan bersih? Let me tell u sumthing about kedai-kedai makan kat Malaysia ni..Tapi tak semua macam gitu tau.. mostly laaa...

Tuntutan kerja membuatkan aku sering berhadapan dengan bermacam2 jenis kedai makan dan restoran. memeriksa kedai makan ni kadang-kadang seronok, dan kadang penat melayan kerenah2 food handlers.. tapi yang untungnya aku dapat tahu kedai mana yang bersih dan kedai mana yang cantik hanya di luaran sahaja.

Tak semua restoran yang mewah, eksklusif dan dikunjungi datuk datin ni sebenarnya bersih. malah kadang lagi teruk dari gerai-gerai tepi jalan.. unbelievable kn? tapi tu la hakikat yang membuatkan aku begitu berhati-hati memilih kedai makan @ restoran untuk membeli makanan. mungkin bagi tokey2 kedai ni, mereka x kisah dengan kebersihan sebab pelanggan hanya dok kat luar..mananak nampak ape terjadi di dapur.

Aku teringat satu kedai kat tempat aku ni..kalo aku sebut kat sini, mesti ramai orang terengganu kenal.. kat luar die memangmewah..kalo setakat aku ni,  x mampu kot nak makan kat situ.. masa kitorang sampai, aku cakap la kat member aku, yang ni mesti bersih kan, maklumla restoran macam ni...dengan pekerja siap beruniform bagai.. aku pun dengan langkah bergayanya, masukla ke dapur die.. Ya Rabbi... tergozut aku.. dengan lantai becak.. puntung rokok bersepah2..walaweiii.. aku nak jalan pn kne slow2 je tau..takut tergolek..sisa makanan bersepah atas lantai.. selepas diperiksa semua2, maka kedai tersebut aku arahkan tutup untuk proses pembersihan.. haaaa... kali ni aku memang betul2 terkejut bile aku bagitahu owner die kedai ni kene tutp, die cakap, kedai ni x boleh tutup.. sebabnye penaung kedai tu orang2 besar, dan kerabat..mak kau...dah tahu penaung tu orang besar dan kerabat yang makcik tak make sure kedai tu bersih kenapa. tak ke knaya kalo la orang tu tetibe je buat lawatan sambil belajar kat dapor tu, maunye pengsan die kat kedai tu..huhuuuu..siap boleh cakap pelanggan die sume orang kenamaan, orang besar and datuk datin..bukan datuk nenek tau.. die kate xde pulak yang sakit perut lepas makan kat kedai.. iyer la makcik oiii.. ade ke dorang nak mai habaq kt ampa suma depa tu sakit perut  lepas makan kt kedai ampa..knfem la dorang terus gi hospital atau klinik kan.huhuuu... maka dengan sedikit tegasnya, (sedikit je, sebab cuak gak main ng orang besar2 ni..dah la aku kecik je) aku terpaksa tutup jugak kedai tu untuk kerja pembersihan demi kesihatan orang awam...chewahhhh... siap cakap kalo taknak tutup jugak terpaksa buta surat rasmi ke orang yang berkenaan tu..hikhiikhiiikkk...kejam  tak???

Kesimpulan yang aku buat malam tu, jangan la nilai restoran dari luaran.. tapi tak semua tau kedai yang macam tu, tak bersih.. tapi kesian kan pelanggan ni.. owner nak untung je, tanpa pikir kesan kat orang lain.. langsung tak ambil peduli pasal kebersihan. Kepada Food Handlers kat luar sana, tolong la renung-renungkan ye.. kami mahu makan makanan yang selamat dan bersih.. kalo korang pun mesti nak yang sama kan??
So, pada mereka2 yang selalu makan kat luar tu, plizzzz pilih la kedai yang betul2 bersih..tengok food handlers die bersih ke tak, atau paling senang, pilih la gerai/kedai makan/ restoran yang kami dah bagi gred A.. Amalkan Cara Hidup Sihat...

Selasa, 15 Februari 2011

Bahan Mentah Tuala Wanita Pakai Buang di Pasaran

Kertas buangan, agen pelunturan yang berkasinogen, agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang memproses tuala wanita pakai buang di pasaran. Kertas buangan termasuklah kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu yang telah menyembunyikan bakteria seta kuman merbahaya. kertas dan pulpa kayuyang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. sejenis toksin yang dinamakan dioksin akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin ini. setelah proses-proses ini selesai, terhasillah produk pakai buang wanita seperti tuala wanita, pantiliner dn tampon.

Kesan ketoksidan Dioksin amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding arsenik. Ia juga dikenali sebagi "Toksik Yang Paling Kuat" pada zaman kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian Perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan Dioksin dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payudara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

SETIAP WANITA MENGGUNAKAN LEBIH KURANG 15,000 KEPING TUALA WANITA DI SEPANJANG HAYATNYA! MAKA, RISIKO TERDEDAH TERHADAP DIOKSIN BERSAMAAN 15,000 KALI!

Tahukah ANda?

  • Kanser merupakan pembunuh wanita pertama.
  • Kanser payudara biasanya menyerang wanita yang berumur 40 - 50 tahun, terutamanya wanita berumur lingkungan tempoh menopouse!
  • 1 daripada 14 orang bangsa cina berisiko menghidap kanser payudara!
  • 1 daripada 16 orang bangsa India berisiko menghidap kanser payudara!
  • 1 daripada 24 orang bangsa Melayu berisiko menghidap kanser payudara!
  • Kanser payudara tidak semestinya diakibatkan keturunan. 85% penghidap kanser payudara tidak mempunyai rekod kanser payudara di kalangan ahli keluarganya
  • lebih kurang 70% - 80% kes kanser payudar dikesan anya pada peringkat ke-3 atau ke-4 (peringkat akhir)
  • kanser serviks merupakan kanser kedua biasa bagi wanita! Ia juga pembunuh kedua bagi wanita di Malaysia.
  • 99% kanser disebabkan oleh Human Pappiloma Virus (HPV)!
  • wanita yang berumur 40 - 50 tahun berisiko tinggi diserang kanser serviks!
  • Kanser serviks pada peringkat awal tidak akan memberi sebarang tanda atau kesakitan.
  • apabila ia menjadi teruk, salah 1 atau lebih tanda berikut akan tertunjuk !
1. Berdarah (bukan ketika haid)
2. Discharge menjadi lebih banyak.
3. Sakit bahagian pinggang/ pinggul
4. Sakit ketika seks.

SUDAHKAH ANDA MENJALANI PEMERIKSAAN SAKIT PUAN?


(kiri : Kanser Serviks, kanan : kanser payudara)



Ahad, 13 Februari 2011

Bahaya Tuala Wanita

Salam Olz...

hari ni saya nak share pengetahuan cket dengan korang sume..rasanya ramai dah yang tahu tapi masih ambil mudah sebab tak terfikir kesan masa panjang. untuk readers wanita, saya nak tanya korang la, korang pakai pad@tuala wanita brand ape? terjamin tak kebersihan die?

mengikut kajian yang dilakukan, tuala wanita yang kita dok pakai setiap bulan tu sebenarnya tempat pembiakan bakteria yang paling baik. korang bayangkan secara purata wanita pakai 7 hari sebulan. 1 hari tu mesti tukar paling kuarang 5 kali. kalo stahun korang dah pakai 84 hari X 5 keping..banyak tu..tapi korang tahu tak, tuala wanita tu la yang menjadi punca penyakit kepada wanita zaman muda sekarang..kenapa saya kata macam tu?? let me tell u....

Tuala wanita yang banyak di pasaran sebenarnya diperbuat daripada bahan kitar semula yang telah diproses dengan bahan kimia..mesti korang macam was-was kan? ye la, kaler die putih bersih je..tuala wanita ni dah direndam dalam bahan kimia dan dilunturkan dengan klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - dioksin! banyak kali sehingga menjadi putih bersih SEPERTI KAPAS. sesuai dengan tagline dorang 'LEMBUT SEPERTI KAPAS'. EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains.

Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yangboleh:

* Melemahkan sistem imun.
* Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.
* Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.
* Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak - kanak (bagi perempuan hamil)

Ngeri tak korang bila tahu pasal semua ni..anggota badan kita yang paling sensitif, yang paling penting untuk melahirkan zuriat kita, terdedah dengan bahan kimia sebegitu lama.

Bagaimana Dioksin boleh meresap ke dalam rahim?
Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksik yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan meresap segala gas bertoksik. Ia akan mengelakkan daripada masalah jangkitan, alahan, gatal atau ruam.

Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup filopian.

Sabtu, 13 November 2010

ECTOPIC PREGNANCY

lamanye x hapdet blog neyh..mcm dah berkurun jew rs..actually, me br jew kuar dr wad bcoz of ectopic pregnancy..lbey kurg dlm 2 mggu..(2 mggu tu kire baru ke ek? eheh..)

sy nk citew pasal ectopic pregnancy ni..tp ley citer cket2 jew la ikot pengalaman sendiri..ectopic pregnancy or bhasa mudahnya mengandung luar rahim kl ikot bahasa ibunda saya..eheh..masa sy dapat tahu mengandung luar rahim ni, kandungan sy baru jew 5 minggu..cedey sgt2 sbb da 1 thun stgh kawen, baru mengandung..tup2, dpt thu mengandung luar rahim..dapat thu pn sbb tbe2 jew sakit perut yg teramat sgt..smpai nangis2 kt opis...ms tu dh xde rs malu dh kt kwn2..hee..pastu hubby trus bwk g klinik, then trus refer hospital..then, ckup2 kandungan tu 6 minggu kne buang..huwaaaa!!! cedeynye xley nk citer..

ectopic pregnancy ni berlaku ble janin tu x melekat di tmpt yg sepatutnya. sepatutnya die kne bergerak masuk dalam rahim, tp dlm kes ectopic ni, die x sampai kt rahim, tp tersekat kt tiub fallopio jew..pastu lekat kt situ n trus membesar..tiub fallopio tu kn kecik jew.ble janin tu nk membesar, die dh xdew ruang la..last2, tiub tu leh leaking n then pecah..tu yg jd sakit sgt2 tu.jln terbaik kne buang la..kl tdk, leh bhyakan nyawa si ibu..

skrg doctor soh rehat dulu..x bagi pregnant dulu..paling kurang pn 6 bulan..nk baby punyer pasal, sthun pn i sggup tunggu..yg penting saya ngan baby slmat..huhuuu...

 
Blogger Templates by Wishafriend.com