31 Mei 2012
Tarikh yang aku akan ingati sampai bile2. Aku kehilangan nenek ksayangan aku untuk selamanya.. Tuhan dah ambik balik nenek yang dipinjamkan kat ktorang lebih kurang jam 8.30 malam. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur sangat die pergi tenang sangat. malam jumaat pulak tu. Tapi sayangnye, aku takde time tu. terkilan sangat sebab masa tu aku ade kes kat spital kena siasat. Adik aku yang citer saat2 die nak tinggalkan kami.
Untuk makluman sume memang nenek aku dah x sihat lame dah.. terlantar je.. die memang tinggal dengan mak. walaupun die terlantar tapi still aktif. cuma aku kesian tengok die. die hanya tinggal tulang je.. Kurus sangat... kadang2 sebab terlampau aktif, badan die lebam2, kadang2 luka sebab terlanggar macam2. Cuma die tak makan. So mak bagi minum positrim.. ok la sikit ade la jugak tenaga kan.
petang kames tu adik aku citer, die memang dah x sihat. senyap je.. pasif sangat. tak gerak pun. dalam pukul 8.00pm tu, adik aku call aku bagitau nenek aku dah tenat. tapi masa tu aku dah trima 1 kes. memang berbelah bahagi sangat. aku g setel kes aku dulu. tengah2 setel kes tu, adik aku call lagik bagitahu nenek aku dah takde. aku tergamam. tak tahu nak cakap ape. terus call hubby soh datang amek kat spital & mintak bawak pakaian terus untuk tido umah mak. tapi setitik air mata pun aku x keluar. aku macam tak percaya. rasa macam mimpi padahal adik dah bagitahu awal lagi nenek dah sakit tenat sebelum tu. sampai umha mak, aku cium jenazah nenek. aku tenung muka die. tenang sangat. macam tidur. sungguh aku tak percaya masa tu die dah takde. terasa macam dia tengah tidur je. pastu aku tutup balik muka dia.
aku carik adik, tanya dia macam mana nenek meninggal. dia kata, mula2 memang nenek senyap je. tak aktif langsung. cuma dia mintak air. adik aku bagi minum air dengan cara celup kapas dalam air, then perah dalam mulut die. sebenarnye nenek aku dah takleh minum sendiri dah. dengan straw pun xleh. nanti die tersedak. tu je la cara yang die boleh minum sikit2. petang tu banyak gak die minum. hampir secawan air. dalam masa yang sama, wife kepada sepupu aku, Kak Ti dok baca Al-Quran tepi die. Tengah minum, nafas die macam berat. adik aku gosok dada die sambil sapu minyak mustajab. Kak Ti yang tengah baca Al-Quran terperasan mata nenek aku macam terbelalak ke atas sikit. terus die stop baca Quran n jeri "Tokwan!!".. Adik aku menggelabah terus raba tangan kaki n dahi. masa tu adik aku riba nenek aku tu sebab senang sikit nak bagi minum katanya. kaki tangan sume sejuk. terus die ajar sebut "Allah, Allah, Allah".. Lame sikit terus mata nenek aku terpejam n die pun senyap. Masa tu mak aku pn dah datang sebab Kak Ti dah panggil die dah. Mak aku pun cakap la, " Alhamdulillah, die pergi malam jumaat". Adik aku dah nangis. kejap tu, nampak nenek tarik nafas panjang n dalam, kemudian lepas perlahan2... Innalillahiwainna ila hirojiun..
Aku sedih sebab aku takleh baca yasiin untuk nenek aku hari tu sebab Cik P datang masa tu. aku hanya hadiahkan zikir untuk die. Semoga roh nenekku ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai.. Amiinn..
Rabu, 20 Jun 2012
Kehilangan Yang Tersayang
Posted by lavender ungu at 4:09 PTG 0 comments
Sumthing Happened
26 Mei 2012
Sumthing happened to me. Sedih sangat. Aku x sangka berlaku pada diriku.. Tuhan, bantu aku untuk lebih tabah dan kuat.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
Posted by lavender ungu at 9:14 PG 0 comments
Out Station di Pulau Redang
22 - 24 Mei 2012
Aku telah ditugaskan untuk out station ke Pulau Redang.. memang tak jauh sebab aku dok Kuala Terengganu je. tapi aku tetap suke.. aku suke suasana kat sana. Cantik.. Aku ke sana 3 hari. Naik dari Jeti Merang, Setiu.
![]() |
| Add caption |
![]() |
| On da way to Merang Jetty. |
Nah gambar tuk korang :
Selamat menjamu mata...
Posted by lavender ungu at 8:19 PG 0 comments
Labels: Kerja
Selasa, 19 Jun 2012
Jangan Menipu Jika Anda Tidak Suka Ditipu
Hye readers...( ade ke yg baca blog haku ni..hehee.. )
I'm back with new entry.. Entry ni cam best2 je kan..tapi actually aku dah lama nak buat entry pasal tipu, menipu, ditipu dan tertipu ni..cuma selalu xde idea.. kalo bab tipu ni rasanye semua orang x suka kn? lebih-lebih lagik kalo ditipu.. korang pernah takditipu? cane rase ditipu? sakit kan.. i'm sure ramai yang pernah ditipu..x kisah la ditipu oleh sape2 pun..suami, boifren, kawan, bestfren ( kl tipu2 ni panggil bestfren gak ke?), n bla bla bla... kalo ngan musuh, xpe la kan.. dah nama musuh, mesti la dorang x kisah bab2 tipu ni..dah memang motif pun nak sakitkan hati.. kalo musuh tu maybe kita xde la nak terasa sangat kan.. tapi cane kalo orang yang tipu u all tu, orang yang baik ngan korang.. orang yang korang syg.. bertahun2 pun konpem x dapat nak lupa kn?
Nabi s.a.w telah bersabda:
من غشنا فليس منا
Maksudnya: "Siapa yang menipu kami, maka dia bukanlah di kalangan kami"
(Hadith sahih dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No 1058)
Berbahagialah jika anda dihormati dan disayangi kerana agama (Islam) yang menghiasi diri. Namun, jangan sekali pergunakan itu sebagai tiket untuk menutup mungkar yang dilakukan dan akhirnya menipu orang lain. Penipuan itu teramat sakit rasanya untuk orang yang ditipu dan tertipu bila mana ianya dilakukan oleh ORANG YANG DILABEL SEBAGAI AGAMAWAN
Posted by lavender ungu at 4:42 PTG 0 comments
Setelah sekian lama...
Salam semua...
Lamanya x hapdet belog.. agak sibk dan line internet pon sangat la 'membantu' kalo aku nak surf internet.. ini kan lagi nak post entry.. alamatnye berjanggut la aku kat sini.. Ari ni aku nak Qadha' entry2 sebelum ni yang aku x post.. sepanjang aku hapdet belog aku ni, banyak sangat bende menarik, sedih, happy yang berlaku. tapi sayang aku tak sempat nak letak dalam belog. takpe, aku cuba sedaya upaya aku..
Tunggguuuuuu!!!!
Posted by lavender ungu at 4:38 PTG 0 comments
Labels: kehidupanku









































