Isnin, 25 Februari 2013

IUI :: Part 3 ::

Salam semua,

Lama dah tak update blog. Tangan pun dah macam kaku nak menaip. Banyak sebenarnya nak diceritakan tapi tak sempat.

Kali ni aku nak sambung cerita pasal prosedur IUI lagi.. Cycle kali bermula 1 Februari 2013.

02/02/2013 - 06/02/2013
Day2 - day6 aku kena makan clomid 150mg. That's mean 3 biji clomid aku kena telan setiap hari. Huhh.. Banyak kan? nanti mesti badan aku pon jadik bolat. huhuuu.. xpe la nak anak punya pasal kan. Kali ni aku x ambik ubat sepital pon coz doc suggest aku beli ubat kat farmasi. sebabnya ubat kat farmasi lagi berkualiti. Ubat ni aku beli kat farmasi dengan harga RM5 sebiji. 3 biji satu hari selama 5 hari, so aku beli 15 biji.
Day3 aku start pakai lumiglow. First time sebenarnya guna lumiglow ni. Aku sapu area bawah pusat 2 kali sehari lepas mandi. Alhamdulillah, Cik P datang dengan lancar.

07/02/2013
Day 7 - Pergi O&G untuk suntik puregon. Aku kena suntik 50iu je. Nasib baik.. Tak la banyak sangat. Hehee..  awal pagi lagi aku dah sampai. Semangat nak kena suntik. Sekejap je pon suntik tu. Pastuh aku kena bawak balik ubat tu untuk suntik kat rumah sebab day 8 dan day 9 tu jatuh hari cuti. So, aku jadi doktor sendiri la.. Next appoiment untuk TVS 12/02/2013. Dah siap suntik aku terus balik ofis.

12/02/2013
Disebabkan hari TVS aku jatuh hari selasa, so aku kena pegi awal2 cos hari selasa hari sibuk doktor kat O&G. Dorang kena round ward.. So, pukul 8 tajam2 aku dah ada tercongok kat O&G. Scan telur ade 2 biji yang agak besar tapi belum besar sepenuhnya. Masih x cukup besar untuk buat IUI. So aku kena buat TVS lagi 2 hari. Tapi yang sedihnya sebelah kiri lagi besar daripada yang sebelah kanan. beza 1mm je pon. Tapi aku harap la miracle happen diz thursday. Telur sebelah kanan lebih besar ke.

14/03/2013
Hari ni kena pergi hospital lagi. untuk scan samada telur aku dah membesar ke belum. masa scan tu, memang terkejut sangat . sebabnye telur sebelah kanan lagi besar daripada yang sebelah kiri.. Miracle happened!! Hihiii.. Dan apa yang paling seronok sekali, doc cakap aku boleh buat IUI hari Ahad (17/02/2013). Lepas siap buat TVS, doc terangkan bagi preskripsi ubat. Aku dapat Ovidrel dan duphaston. Lepas tu kena pergi O&G lagi untuk penerangan prosedur dan tunjuk ajar untuk suntik ovidrel. Oh ya, aku kena suntik ovidrel ni. aku x pasti ubat ni untuk apa. aku terlalu happy sampai lupa nak tanya ubat tu untuk apa. ubat tu kene cucuk hari jumaat malam. lebih kurang pukul 8.30 malam. Bila nurse tu bukak, terkejut aku tengok ubat tu. dia bukan jenis pen yang macam gonal-f dan puregon tu. ubat tu jenis jarum. ngerinya aku nak suntik sendiri. konfem En. Hubby yang kena jadi doktor aku.

Setakat ni dulu aku cerita. next entry aku cerita aku buat IUI pulak.. Tunggu ye entry IUI :: Part 4 ::

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com