Khamis, 28 Februari 2013

IUI :: Part 4 ::

Assalamualaikum dan Selamat Hari  Khamis..

Jumpa lagi dalam Entry IUI.. (macam host tak).. hehehee.. Dalam entry lepas aku ade janji nak cerita paal sambungan IUI kan. Ok, hari ni aku nak cerita hari aku buat IUI pulak. Here we go ....

Aku buat IUI pada 17/02/2013. Appoiment aku jam 8.00am. Sampai O&G clinic, siap daftar semua terus pergi kaunter IVF.. Oh ye, lupa nak bagitau, kat HSNZ ni, untuk buat IUI kena pi bahagian IVF gak. Pastu En Hubby disuruh dapatkan askar2 dia.. macam mana dia keluarkan tu xyah la cerita.. malu la.. hihiii.. Dah dapat askar dia, terus bagi kat kaunter untuk diproses. Ingatkan terus boleh buat rupanya kena tunggu 2 jam.Jam 10 baru dorang suruh kitorang datang balik. Pikir punya pikir, kitorang gi breakfast kat cafe sepital je. takut tak sempat coz nak cari parking kat sepital tu pon 1 hal.. parking slalu penuh je. makan2, sembang, pastuh baca surat khabar.

Lebih kurang 9.45 kitorang pegi O&G balik. menunggu kjap nama aku dah kena panggil. Aku orang kedua yang dipanggil. proses IUI ni kejap je. Doc masukkan 1 alat untuk bukak serviks. alat tu alat besi. x ingat nama die. macam mulut itik gitu. sakit boleh tahan.. Doc dah bising2 sebab aku keraskan otot2.. ye la sakit kan, so automatik je jadik keras.. Lame gak nak ejas bnda tu, kes aku tak tahan sakit. Hihihiii... Manja betul.. then doc masukkan syringe yang panjang untuk masukkan en askar suami... Nurse n doc pesan suruh selawat banyk2 sepanjang proses tu. Sebelum doc masukkan sperm tu, aku sempat baca doa Nabi Zakaria. Masa proses tu pulak aku selawat dan baca zikir, Ya khaliq, Ya Bari', Ya Mussawir banyak. Dengan harapan IUI aku berjaya.. Masa doc masukkan sperm tu tak sakit pun. sedar2 dah siap dah. Pastu Dah keluarkan semua alat, doc suruh aku baring mengiring ke kanan selama 30 minit. mulut aku x lekang dengan zikir tu.

Kemudian, doc pesan kat aku suruh makan duphaston 1 biji/ 2x sehari. Duphaston ni untuk kuatkan rahim.. Doc bagi duphaston untuk 3 minggu. kalo duphaston tu dah nak abes, n aku still x period lagi, doc uruh datang ambik ubat lagi.. Aku dapat MC 1 hari untuk hari tu.

Balik rumah aku memang berehat je.. berehat sungguh2.. Baring je sepanjang hari. Semua En Hubby yang buatkan.

Petang sikit, baru rasa sakit2 dan cramp2 perut. mungkin effect dari dorang masukkan alat tu kot.. Xpe la.. Sakit pun aku sanggup demi untuk dapatkan Zuriat. Semoga memberkati usaha kami. Amiinn..

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com