Selasa, 28 Februari 2012

Turn Aku???

Awal bulan dapat sum news.. tak tahu nak kategorikan gud news ke hape? 
sepatutnya gud news la kan. my sister will be a mom. 
Aku?? dua2 perasaan ada.. happy for her & sad for myself.. huhuuu.. tak sedar air mata terus laju je turun. 
tertanya-tanya bila la aku pun nak pregnant jugak. nak dapat berita baik cenggitu jugak.. Terus aku ajak En. Hubby balik.. 
Nasib baik en. Hubby memahami.. huhuuu.. 
Bukan tak happy, tapi aku takleh nak tipu diri sendiri. dalam hati aku rasa sedih sangat. rasa rendah diri sangat. 
walau macam mana skali pun, aku tetap redha ketetapan Tuhan pada aku.
Harap2 aku pun dapat gud news dalam masa terdekat ni.. 
Amin....

Sabtu, 15 Oktober 2011

Birthday Kak Chik

Last month, 16.09.2011, adik aku yang study kat UMP balik. kebetulan lak 18hb tu Birthday die dan cukup tiga tahun aku kerja as a PPKP. So, aku pakat ngan En. Hubby nak buat makan2 cikit. Decide punya decide, kitorang nk buat satay. Tapi kan... adi tapinya. heeee... aku tak pandai buat satay + tak cukup masa.. ( cakap je la MALAS kan). En. Hubby tempah satay yang belum bakar lagi. Tempah dalam 100 batang.. sedap wooo.. harga die aku tak tahu la mahal ke tak. 40sen sebatang tanpa kuah n nasi himpit. ade lagi 1 masalah. satay aku takde kuah.. huwaaaaa,... aku pulak tak pernah ,masak kuah satay lagi ni. nk mintak tolong mak, kesian lak kat die, sebab ari tu die cam tak sihat sangat. last2, aku bantai buat je sambil2 tanya mak aku. tu pun aku tanya sikit2 je sebab mak aku tido.


Petang tu aku gi beli tempat bakar satay, beli bahan wat kuah satay etc.. memang last minute gile punye keje la.. malam tu kitorang bakar ramai2. kesian adik aku yang keje kt HKL. sebab die takde. takleh cuti,.. die sorang je yang takde.. tapi sayangnye, satay aku terhangus sikit. En. Hubby ngan adik laki aku punyer keje. rentung satay. sebbaek leh makan lagi.. adoiiila budak2 ni...


Khamis, 13 Oktober 2011

Assalamualaikum...
Lamanya aku tak hapdet belog ni.. bukan setakat berhabuk dah ni.. bersawang bagai dh.. Ni la akibatnya jika penyakit M datang melanda. baru je bukak, malas nak pikir, terus tutup. Dah rindu sangat dah dengan belog aku ni.. rindu nk menulis walaupun idea x muncul2. menyorok kat mana ntah.. dalam awan kot.. hahahaaa...

Disebabkan lama sangat tak berbelog, even blogwalking pun tak, sampaikan banyak sangat cerita yang nak ditulis tertangguh. dah tak tahu nak start dengan yang mana satu.. Last hapdet belog sebelum raya.. mak oii... lamanya.. 2bln dah x hapdet.. hhmmmm...

Raya ari tu aku raye kt kelantan 2 hari, pastu balik umah mak aku lak kat Binjai Rendah. Tu pun sempat raya 2 hari je sebab pastu aku gi hantar adik aku kat Pekan. Die lapor diri smbung blaja kat UMP. Mulanya aku pun tak tahu kat mana, dah pegi tu baru tahu, jauhnye masuk kampung. huhuhuuuu... Tapi takpe la, boleh save duit sikit kot..

Lepas raya, keje bertimbun-timbun. Dengan Food poisoning yang semakin menjadi-jadi. boleh dikatakan setiap minggu ada food poisoning. Huhhh... memang penat gile. tapi nak buat macam mana, dah keje kan. aku harung je la... huhuuu..

Banyak pulak aku membebel yek.. dahla tu najwa.. nanti bosan lak orang baca.. huhuuu..

Rabu, 24 Ogos 2011

Kenangan Di Kala Kecilku

As-salam..

Lagi seminggu, kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Perasaan aku? tak tahu la.. Baju raya takde. Persiapan pun tak buat. Serius macam takde mood nak raye. Tapi, baju raya takde pun, aku sempat lagi beli kasut raya..heheee.. Perempuan kan.. Nak jugak beli satu.. :p..Hari kelima raya, aku dan keluarga akan ke Pahang. Nak gi hantar adik aku lapor diri ke UMP. Disebabkan kami ramai.. Adik beradik ramai, terpaksa la pegi 2 kereta.  Satu ngan kete abah. 1 lagi kete aku..

Bila bayangkan naik kete ramai2 macam ni, aku teringat zaman kecik-kecik ku. Masa tu kitorang baru 4 beradik. Yang bongsu masa tu kecik lagi. tak sampai setahun pun. Abah baru beli kete terpakai.. Suatu ketika dulu, kitorang hidup dalam serba kesederhanaan. Abah hanya mampu beli kereta toyota lama yang terpakai. tak silap aku, Toyota Corolla. kalo gi jenjalan, sume nak ngikut. Taknak tinggal. Lebih-lebih lagi kalo jenjalan jauh-jauh. Mak dok depan pegang adik kecik, aku dengan dua orang adik lagi dok belakang. Selalunye kitorang akan berdiri atas kerusi sambil pandang belakang.. Nyanyi-nyanyi ntah lagu ape-ape. Adik no 3, juz goyang2 badan sebab tak reti nak nyanyi. Dalam kete tu, abah hamparkan surat khabar ke bawah. Alaa..kat tempat letak kai tu la. slipar letak bawah surat khabar tu. lepas tu hampar toto pulak kat bawah tu. Toto kecik tuu.. Dah penat nyanyi2, main2, gaduh, kitorang tidur. sorang tidur atas kerusi, dua lagi tidur kt toto kat bawah. selalunye aku berebut nak tido bawah. sebab tak silau dengan lampu jalan. Yang selalu jadi mangsa tidur kt atas kerusi, adik aku no 3 la. Sekarang kenangan tu jadi kenangan indah kami. selalu bila berkumpul ramai2, kami akan cerita balik. Tapi adik2 aku skrg dah takde dah tidur macam tu. sebab kami dah ramai. tak cukup ruang nak tidur. semua tidur duduk je.

Seronoknya mengimbas balik kenangan lama. Dengan kenangan lama lah aku tersenyum merasai keindahan masa lalu. kenangan itu lah yang mengajar aku erti kehidupan. walaupun kami serba kekurangan, tapi ia tak mengurangkan keseronokan kami.

Bila Kebosanan Melampau Melanda

Hari ni siyes aku bosan gila kat ofis. Bukan takde keje tapi sistem tak berapa nak lancar. Aku jadi tensiaon nak key in data. Last-last sementara aku dok menunggu sistem loading, aku dapat siapkan 2 header. 1 untuk kawan aku. Die ni newbie blogger. (eh eh..macam la aku dah terer berblog. ye tak. padahal masih terkial-kial lagi). satu lagi aku buat untukku sendiri. siap tukar background lagik. heheee...

Mula-mula naksiyes macam pening pening lalat. tak tahu nak start kat mana. Semua software pakai. Photoscape la, photoshop la.. dah siap, wahhh seronok la... lenkali leh la buat banyak-banyak,  simpan je. rasa nak tukar, tak perlu buat baru ye tak. Tapi cedih la.. apesal macam tak centre je ek.. huwaaaaa....Tulunnnnnnn!!!!


 
Blogger Templates by Wishafriend.com