Isnin, 10 September 2012

IUI :: Part 1 ::

Salam guys..

Aku nak citer pasal perjalanan aku nak buat IUI ataupun intrauterine insemination. Alaa.. senang citer permanian beradas la.. Tapi perjalanan ni akan jadi beberapa part.. Harap2 korang takkan bosan baca semua ni.. Aku nak berkongsi dengan semua orang dengan harapan semoga boleh jadi panduan dan semangat untuk orang2 yang TTC macam aku.

5 September 2012

Aku ade appoiment dengan gynea. Hari ni sepatutnya aku akan dapat result ujian darah CD21 aku dengan ujian HCG aku. Sangat berdebar2 untuk tahu semua tu. Appoiment jam 8.30am sepatutnya. Tapi biasalah, gomen kan.. Ramai orang.. So, dalam kol 9 lebih tu nama aku dipanggil. Alhamdulillah, kali ni aku dapat jumpa dengan Pakar. Sebelum ni aku asek dapat jumpa MO je.. i got 2 news.. bad & Gud news.. Aku nak citer berita baiknya, tiub aku yang tinggal 1 dalam keadaan baik. Sangat2 melegakan aku sebab aku pernah ada history of ectopic pregnancy. Tapi yang bad news tu, hormon progesteron aku sangat2 low.. Doc cakap  untuk pregnant aku sepatutnya dapat bacaan 35. Tapi bacaan aku hanya 1.4.. Ko bayangkan perasaan aku masa tu. Hampir nak menitis air mata aku. Terasa macam down sangat. Bila progesteron low, dats mean i'm not ovulate. Huhhhh...

Doc suggest aku amek clomid untuk double dos for 1 cycle dan terus proceed untuk iui.. So, for next period, on CD2 till CD6, i have to take 100mg of chlomephene per day. Banyaknye dos tu.. On the spot aku terasa takut bila aku teringat aku pernah baca yang clomid ni leh nipiskan dinding rahim. Maklumlah sebelum ni aku dah mkn clomid untuk 3 cycle dengan dos 50mg/day. Macam2 aku tanya doc sehinggakan doc cakap "awak nak pregnant kan. so, kite try untuk 1 cycle sahaja. If awk still not pregnant yet, kite akan cuba yg lain. i x akan bagi kalo sesuatu ubat tu will harm u.." Ok, aku paham cuma aku risau je sikit. Aku berserah pada tuhan je. Doc terus refer aku ke reproductive unit untuk kaunseling & tindakan lanjut.

Kat Reproductive unit aku diberi penjelasan dengan lebih lanjut lagu.. CD2 hingga CD6, aku kena makan clomid. Then, CD7 - CD9 aku kena suntik puregon. Aku kena pi  klinik hari2 sebelum kol 8.30 pg.. Dorang kate untuk besar n matangkan telur aku. Then CD12, aku kena wat Follicle tracking untuk pastikan telur aku besar dan matang. Kena buat melalui TVS. Seram betul aku dengar TVS ni. Once telur aku dah matang, dorang akan suntik untuk pecahkan telur. Then baru la IUI boleh dibuat.

Nanti, aku akan citer macam mana dorang buat sume tu.. Aku masih menunggu cik P yang bakal datang mungkin 15.09.2012..

4 comments:

Fieza Sani berkata...

Lavender : gud luck for iui..saya pun pttnya kena buat iui jugak tapi husband tak baper nak setuju..so,skrg kitaorg just try secara natural je..

lavender ungu berkata...

Tq.. Xpe.. usaha dulu.. saye ni memang terpaksa adengan bantuan dah cos hormon progesteron low sgt..

Bunga Lily berkata...

lavender...
bile nak sambung cite...tak sabar nak tau cite selanjutnye...hehe

lavender ungu berkata...

Sabar ye kengkawan.. tgh tgu cik P ni...

 
Blogger Templates by Wishafriend.com