Isnin, 12 November 2012

Kehilangan 2 Orang Dalam 2 Hari

Last weekend aku dan Mr. Hubby kena pi kursus kat Melaka selama 3 hari. Tapi entry ni aku taknak citer pasal trip kitorang ke Melaka. Semasa aku kat melaka aku terima dua berita kematian ahli keluarga aku. Sedih sangat sebab aku takleh balik.

berita pertama aku terima petang Khamis. Masa tu aku on da way to Melaka. Dalam bas lagi.. masa adik aku call, aku ada kat Segamat kalo tak silap. Terkilan? Memang sangat terkilan sebab memang aku tahu aku xleh balik. Tapi aku bersyukur jugak sebab hari Rabu tu aku dan hubby ade pergi melawat die. Arwah merupakan sepupu abah aku. Aku panggil dia Pokde.die dok berjiran dengan kami. Dia antara saudara terdekat aku la.. Arwah sakit sejak lepas Hari Raya Aidil Fitri lagi.. Dah masuk hospital tapi doktor x dapat kesan sakit apa. Badan die semakin kurus. Tapi perut die membengkak. Dada dan muka jadi kuning. Doktor syak masalah hati atau usus.. Then masukkan kamera, tapi takde pape. Kemudian nampak stabil sikit, boleh discharge.. Lepas hari raya aidil adha aku ade menjenguk die kat rumah, memang lemah sangat keadaan die. Makan pon tak. pastu wife die bagitahu die taknak makan. selera die hilang..

Hari ahad lepas dia dimasukkan ke hospital lagi. Sebenarnya die ada appoiment untuk buat pembedahan kat perut untuk pastikan penyakit die. Tapi malangnya keadaan die bertambah tenat.. Dia muntah2 keluar darah. Then doktor dah start sedut darah keluar dari usus. X-Ray pon x dapat kesan pape. Cuma doktor kate sakit dia dah effect buah pinggang. Mula2 doktor suspect masalah di bahagian Limpa. Then masa aku pergi melawat tu, aku mintak untuk tengok bed ticket die. Dia didiagnosa kanser pundi hempedu.. Terkedu aku seketika. Hubby call doktor yang hubby kenal untuk tahu lebih lanjut pasal penyakit tu. Melalui doktor tu kitorang dapat tahu dengan keadaan dia masa tu memang x dapat buat apa2 lagi. Keadaan dia dah tenat. Cuma boleh bagi ubat untuk kurangkan kesakitan dia je. tak terluah kami pada wife dia keadaan suaminya masa tu. Cuma aku sempat bagi hint sikit2 kat wife and anak dia.

kesokkan harinya, aku dah gerak gi Melaka. dalam kol 5 petang adik aku call bagitahu yang Pokde dah takde. Terkejut2 sangat aku masa tu. aku tak sempat nak tengok die buat kali terakhir.

Berita Kedua pulak aku terima hari jumaat malam dalam jam 11.30pm.. Arwah merupakan nenek saudara aku. Aku panggil dia tokcik.. Tokcik ni tak pernah berkahwin. So dia xde anak cucu.. anak cucu arwah hanyalah kami iaitu anak dan cucu saudaranya tempat arwah berteduh kasih dan menumpang sayang. Aku sayang arwah tokcik sebagai mana aku kasih dan sayangkan arwah nenek aku. Oleh kerana tokcik tinggal dengan nenek aku iaitu kakaknye, jadi sejak kecik lagi aku memang sangat rapat dengan arwah. malah kadang2 jika aku merajuk dengan mak n nenek, aku tido dengan arwah. Aku suka dengar die bercerita.

Bila nenek aku tak sihat dan dijaga oleh mak aku, tokcik duduk rumah mak saudara dan kadang2 rumah sepupu emak..  Akhir hayat dia, tokcik dok rumah sepupu emak. kali terakhir aku jumpa dia masa anak sepupu emak kahwin bulan 9 hari tu.

Apa yang aku terkilan sangat semasa dia sakit, aku langsung tidak tahu, takde siapa yang maklumkan kepada aku. Dan bila aku terima berita kematiannya, memang 1 kejutan yang amat sangat sebab setahu aku die sihat. Aku tak sempat balim tengok arwah pon semasa kematian dia. Tapi aku redha sebab aku tahu Tuhan lebih sayangkan arwah..

Al-Fatihah untuk arwah.. Semoga roh arwah Pokde dan Tokcik berada dalam rahmatNya.. Aamiinn..

2 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

Salam takziah dr Mak Dara .. Banyakkan bersabar ye.. Mak Dara tahu akan perasaan bila kehilangan org yg tersayang krn mak dara juga baru je kehilangan arwah ayah 34 hari yang lalu.. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman Al Fatihah...

lavender ungu berkata...

Terima kasih mak Dara..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com