Last weekend aku dan Mr. Hubby kena pi kursus kat Melaka selama 3 hari. Tapi entry ni aku taknak citer pasal trip kitorang ke Melaka. Semasa aku kat melaka aku terima dua berita kematian ahli keluarga aku. Sedih sangat sebab aku takleh balik.
berita pertama aku terima petang Khamis. Masa tu aku on da way to Melaka. Dalam bas lagi.. masa adik aku call, aku ada kat Segamat kalo tak silap. Terkilan? Memang sangat terkilan sebab memang aku tahu aku xleh balik. Tapi aku bersyukur jugak sebab hari Rabu tu aku dan hubby ade pergi melawat die. Arwah merupakan sepupu abah aku. Aku panggil dia Pokde.die dok berjiran dengan kami. Dia antara saudara terdekat aku la.. Arwah sakit sejak lepas Hari Raya Aidil Fitri lagi.. Dah masuk hospital tapi doktor x dapat kesan sakit apa. Badan die semakin kurus. Tapi perut die membengkak. Dada dan muka jadi kuning. Doktor syak masalah hati atau usus.. Then masukkan kamera, tapi takde pape. Kemudian nampak stabil sikit, boleh discharge.. Lepas hari raya aidil adha aku ade menjenguk die kat rumah, memang lemah sangat keadaan die. Makan pon tak. pastu wife die bagitahu die taknak makan. selera die hilang..
Hari ahad lepas dia dimasukkan ke hospital lagi. Sebenarnya die ada appoiment untuk buat pembedahan kat perut untuk pastikan penyakit die. Tapi malangnya keadaan die bertambah tenat.. Dia muntah2 keluar darah. Then doktor dah start sedut darah keluar dari usus. X-Ray pon x dapat kesan pape. Cuma doktor kate sakit dia dah effect buah pinggang. Mula2 doktor suspect masalah di bahagian Limpa. Then masa aku pergi melawat tu, aku mintak untuk tengok bed ticket die. Dia didiagnosa kanser pundi hempedu.. Terkedu aku seketika. Hubby call doktor yang hubby kenal untuk tahu lebih lanjut pasal penyakit tu. Melalui doktor tu kitorang dapat tahu dengan keadaan dia masa tu memang x dapat buat apa2 lagi. Keadaan dia dah tenat. Cuma boleh bagi ubat untuk kurangkan kesakitan dia je. tak terluah kami pada wife dia keadaan suaminya masa tu. Cuma aku sempat bagi hint sikit2 kat wife and anak dia.
kesokkan harinya, aku dah gerak gi Melaka. dalam kol 5 petang adik aku call bagitahu yang Pokde dah takde. Terkejut2 sangat aku masa tu. aku tak sempat nak tengok die buat kali terakhir.
Berita Kedua pulak aku terima hari jumaat malam dalam jam 11.30pm.. Arwah merupakan nenek saudara aku. Aku panggil dia tokcik.. Tokcik ni tak pernah berkahwin. So dia xde anak cucu.. anak cucu arwah hanyalah kami iaitu anak dan cucu saudaranya tempat arwah berteduh kasih dan menumpang sayang. Aku sayang arwah tokcik sebagai mana aku kasih dan sayangkan arwah nenek aku. Oleh kerana tokcik tinggal dengan nenek aku iaitu kakaknye, jadi sejak kecik lagi aku memang sangat rapat dengan arwah. malah kadang2 jika aku merajuk dengan mak n nenek, aku tido dengan arwah. Aku suka dengar die bercerita.
Bila nenek aku tak sihat dan dijaga oleh mak aku, tokcik duduk rumah mak saudara dan kadang2 rumah sepupu emak.. Akhir hayat dia, tokcik dok rumah sepupu emak. kali terakhir aku jumpa dia masa anak sepupu emak kahwin bulan 9 hari tu.
Apa yang aku terkilan sangat semasa dia sakit, aku langsung tidak tahu, takde siapa yang maklumkan kepada aku. Dan bila aku terima berita kematiannya, memang 1 kejutan yang amat sangat sebab setahu aku die sihat. Aku tak sempat balim tengok arwah pon semasa kematian dia. Tapi aku redha sebab aku tahu Tuhan lebih sayangkan arwah..
Al-Fatihah untuk arwah.. Semoga roh arwah Pokde dan Tokcik berada dalam rahmatNya.. Aamiinn..
Isnin, 12 November 2012
Kehilangan 2 Orang Dalam 2 Hari
Posted by lavender ungu at 11:54 PG 2 comments
Labels: Keluarga
Sabtu, 27 Oktober 2012
Chicken Grilled ala Korean BBQ
pagi tadi buat sarapan ringkas je.. xnak makan berat2.. kesnya berat aku dah naik.. BMI aku dah cecah pre obes.. oh tidakkkk.. ngeri aku nak taip perkataan tu.. tengok dalam peti ada isi ayam yg dah dihiris nipis siap2.. boleh buat chicken grilled. tapi nak buat sos blackpepper ade bahan x cukup.. teringat pulak pernah terbaca resepi BBQ ala korean.. tapi dorang guna daging.. aku taram pakai ayam.. hehheee.. pastu aku adjust2 ikot selera aku.. jadi la jugak.. cuma aku x tabur bijan sebab aku x malas nak sangai.. hehheee...
Resepi
Bahan2: (sukakatan main agak2 je)
- kepingan dada ayam
- kicap soya cair/ kicap jepun
- lada hitam
- gula
- bawang putih
- gula
- minyak bijan
Cara-cara:
-perap ayam dengan semua bahan.. perapan tu mestila agak manis sikit sebab ni kite ratah je kan. kalo masin takut x lalu nak makan.
- grilled atau masak ataa non stick pan sehingga ayam tu masak.
- boleh tabur dengan bijan yg dah disangai terlebih dahulu kalo suka..
- hidang panas2.. boleh makan macam tu je ataupun wrap dengan daun salad kemudian makan..
Posted by lavender ungu at 5:52 PTG 0 comments
Ahad, 21 Oktober 2012
2WW
Posted by lavender ungu at 4:11 PTG 0 comments
Labels: TTC
Selasa, 16 Oktober 2012
TVS
Hari ni pepagi lagi aku dah tercongok kat kaunter klinik pakar.. Aku ingatkan aku ni kire orang yang terawal la ka. Awal la sangat, bile aku sampai je tengok2 orang dah beratur panjang gile dh.. tu untuk ambik no je.. Belum tunggu untuk daftar lagi.. Padahal aku sampai belum pukul 7.30pagi pon lagi.. Aku kena ada kat O&G clinic before 8.00am.. Sebab hari selasa doc xde.. ramai yang visit ward & pi operation room. so, kalo pi awal2 sempat la dorang call doc untuk wat TVS tu sebelum doc pi wad & OT..
Pukul 8.00am aku dah ade kat gynea.. kebetulan aku sampai ade sorang doc yang masuk kejap.. so aku xyah la nak tunggu dorang call doc.. terus boleh buat TVS.. Memang ngeri skit buat tvs sebab aku ade pengalaman doc wat tvs kat aku dengan kasar,, memang sakit.. Tapi kali ni doc laen.. Alhamdulillah, lembut je die wat keje.. so x sakit..
Lepas die godek2 tu, die cam mengeluh sikit. aku dah rasa x sedap hati.. kenapa ni.. jangan bagitau kata aku ada pape masalah.. memang siyes time tu cuak sangat. Doc pusing screen menghadap aku.. kat screen tu nampak la bulat2 besar dalam 2 or 3 biji macam tu.. aku dah sengih2 kejap.. tapi sengih2 aku tak lama bila doc cakap yg ni telur yang dok kat ovari sebelah kiri.. kalo sebelah kiri memang x boleh la sebab aku kan pernah ectopic. (baca kat sini). Doc tunjuk pulak sebelah kanan. Tapi aku tak tahu apa yang aku nampak.. x serupa langsung dengan yang sebelah kiri tu.. Doc cakap yang ni nampak kabur2 je.. lame die godek2 sebelah kanan. Pastu bru die bagitahu yang sebelah kanan telur x besar.. 10mm je.. die nak 14mm untuk CD12.. dah la ade sebijik je.. dengar je tu, aku terus rasa down sesangat.. Aku rasa nak menangis tapi air mata tak keluar.. aku rasa nak menjerit tapi suara macam tersekat.. aku rasa sakit sekali dalam dada aku.. aku turun dari katil dengan langkah yang tak bermaya langsung.
Pegi jumpa doc balik.,. Doc terang lagi sekali keadaan aku.. aku masa tu macam di awang-awangan.. suara doc tu macam angin je lalu kat telinga aku. doc bagi clomid 100mg/day lagi, acid folic dan aku kena datang untuk suntikan gonal f pulak untuk next cycle. puregon doc x bg dah sebab aku macam tak respon pada ubat tu..
Pegi farmasi ubat,.. masa tengah tunggu, aku hantar msg kat hubby bagitahu bu;lan ni xleh buat lagi.. tahan sebak je aku masa tu.. xde respon pon dari en hubby..dah dapat ubat, terus balik ofis..
Sampai ofis, bagitahu hubby lagi sekali.. rupanya msg yang aku hantar x delivered kat die.. masa tu terus airmata laju je turun.. sedih sangat,.. hubby cakap xpe la.. belum rezeki.. mungkin bulan depan tuhan nak bagi kembar terus ke.. Aminn... kalo macam aku lah orang yang paling seronok.. hari ni bekerja tanpa perasaan. Mood xde.. aku rasa down sangat..
Posted by lavender ungu at 11:56 PG 2 comments
Ahad, 14 Oktober 2012
IUI :: Part 2 ::
Bulan ni merupakan bulan yang sangat membuat aku emosional.. Sangat sensitip tahap cipan. Of coz la aku sensitip pasal anak/ zuriat,.. Aku bolehdengan tiba-tiba je mengalirkan air mata kalo aku teringat pasal anak. Tapi aku x nanges depan orang hokeh.. aku nages time aku sorang2, even depan hubby pon aku x nanges. Aku x nk die susah hati bile tengok wife die asek nanges je. Tapi dah nak buat cemane, dah memang air mata aku nak turun ka. Korang bayangkan aku tengah basuh pinggan kat dapur pon, tibe2 je aku nanges.. Haaa.. Tak ke haru tu??
Pastu aku rasa sangat down.. sangat putus asa untuk ber'TTC' lagi. Kesnye cik P aku tak menjengah2 jugak. Padnahal dah lari due almost 3 weeks dah.. Kalo cik P x datang, perut ade isi, x pela jugak.. ini isi lemak je ade.. Hukhukhukkk.. ( sangat sedih hokeh).And at the same time aku dapat berita yang adik aku dah selamat melahirkan baby boy.. Aku macam tak boleh nak menghadapi kenyataan.. malah aku ada takut sangat.. takut kalo ade orang tanya pasal anak..
perlahan2 tapi kemurungan aku takde la makan masa pon.. kejap je.. kejap2 2 minggu la jugak. Pastu cik P datang. seminggu sblm tu aku makan ubat turun darah.. aku dah takleh sabar lagi untuk tunggu lebih lama..
ubat yang aku makan :
![]() | |
| Ni la die ubat turun cik P tu.. Kena makan sebiji sehari.. pas seminggu, selamat....... |
![]() |
| Clomid yg my gynea bagi untuk dihabiskan dalam masa 5 hari.. sebiji 50mg.. so kena makan 2 biji.. |
CD7 - CD9 aku kena suntik puregon.. untuk stimulate akunyer telur n nak tebalkan rahim kalo x silap.. CD7 aku jatuh pada hari kames. Pepagi bute lagi aku dah tercongok kat O&G.. Appoiment sepatutnye kol 8.30am.. lebih kurang jam 8.15am aku dah dipanggil.. aku diberi penerangan sikit pasal iui.. pastu aku kena suntik sendiri puregon tu..suntik SENDIRI hokey... kesnye CD8 dan CD9 jatuh hari jumaat n sabtu yg mn klinik xbukak hari tersebut.. So aku kena blaja siap2 untuk suntik kat rumah.. Memang aku sedikit ngeri bile kena cucuk sendiri.. nasib baik nurse kat situ sangat baik+peramah+ bla bla bla... So, aku berjaya suntik puregon pada diri sendiri.. Puregon ni kena simpan dalam peti ais.. bawak balik ofis dulu tumpang peti ais ofis.. petang baru bawak balik rumah.. kat rumah pon aku suntik sendiri jek sebab aku x yakin nak soh en hubby.. sedikit ngeri bile bayangkan orang lain cucuk perut kite.. DI PERUT hokey.. bukan kat lengan... nak kate sakit tu, boleh la tahan macam kena gigit ngan kerengga kot.. kate nurse tu x berdarah pon, tapi pasal ape aku cucuk ade kuar darah ckit ek.. Kompius kejap...
| Pen untuk suntik puregon (gambar pinjam Mr. Google) |
Hari selasa kena pi buat TVS.. Nak tengok sama ada telur2ku membesar dengan cemerlang, gemilang, terbilang ke tak.. harap dah cukup matang and aku boleh buat iui on Thursday.. Amiinn..
Posted by lavender ungu at 12:38 PTG 3 comments







