Isnin, 17 September 2012

Biodex.. Berkesan ke?

Seminggu lepas raya, aku ngan hubby ade berbual tetang our collegues yg lmbt pregnant tp akhirnye berjaya pregnant. perbualan kitorang berkisar pasal usaha dorang la..

Hubby : Yang, si A tu die ade makan pape x untuk pregnant?

Aku : Ntah la, tp ari tu die ade makan 1 serbuk tu. mgkin serbuk kurma kot. tapi die cakap memang xleh    telan. baper hari je makan. then die amalkan doa dari ayat Al-Quran.

Hubby : Sayang x mintak ke doa tu?

Aku : Ade, dah amalkan dah pon.Tapi serbuk bunga kurma tu xleh telan.. x sedap and busuk. try usaha lain je la..

Hubby : Ok, si B tu cane lak?

Aku : Die makan Biodex.. Sempat makan sebulan terus lekat. Sebenarnye die hampir2 wat IUI gak.. tapi x sempat.

Hubby : abes tu try la makan. Kat mana die beli?

Aku : Mahal bang Biodex ni..

Hubby : mahal setara mana sangat. Kate nak anak. Bukan abes 10,000 ribu pon.

Aku : (sengih2 tak terkata)


Besok tu terus aku gi cari biodex kat kedai die.. Dah jumpa dealer die. Die ade tanya apa masalah kite, timbang, ukur tinggi semua.. Baru die pilih bersesuaian dengan masalah kite. Abes la dalam RM580.00.. Huh.. Terkejut gile aku.. bukan terkejut pasal harga je.. Tapi banyak sangat nak kena makan. Huwaaa...

Balik aku bagitahu En. Hubby. En hubby terus perli, abes brape ribu? Hahaahahaaa..

Tapi serius banyak gile dan tak sedap.. Sampaikan ade yang aku makan sambil tutup hidung..

Aku ade kemusykilan sikit sebenarnye dengan produk ni. Kate die produk ni boleh kuruskan kita. Tapi aku makan, sama je. Xde perubahan pun. So aku decide nak stop je. Lagipun aku dah nak buat IUI. So aku xnak campur2.. Jadi aku xtahu sama ada berkesan ke tak produk tu dengan aku..


Isnin, 10 September 2012

IUI :: Part 1 ::

Salam guys..

Aku nak citer pasal perjalanan aku nak buat IUI ataupun intrauterine insemination. Alaa.. senang citer permanian beradas la.. Tapi perjalanan ni akan jadi beberapa part.. Harap2 korang takkan bosan baca semua ni.. Aku nak berkongsi dengan semua orang dengan harapan semoga boleh jadi panduan dan semangat untuk orang2 yang TTC macam aku.

5 September 2012

Aku ade appoiment dengan gynea. Hari ni sepatutnya aku akan dapat result ujian darah CD21 aku dengan ujian HCG aku. Sangat berdebar2 untuk tahu semua tu. Appoiment jam 8.30am sepatutnya. Tapi biasalah, gomen kan.. Ramai orang.. So, dalam kol 9 lebih tu nama aku dipanggil. Alhamdulillah, kali ni aku dapat jumpa dengan Pakar. Sebelum ni aku asek dapat jumpa MO je.. i got 2 news.. bad & Gud news.. Aku nak citer berita baiknya, tiub aku yang tinggal 1 dalam keadaan baik. Sangat2 melegakan aku sebab aku pernah ada history of ectopic pregnancy. Tapi yang bad news tu, hormon progesteron aku sangat2 low.. Doc cakap  untuk pregnant aku sepatutnya dapat bacaan 35. Tapi bacaan aku hanya 1.4.. Ko bayangkan perasaan aku masa tu. Hampir nak menitis air mata aku. Terasa macam down sangat. Bila progesteron low, dats mean i'm not ovulate. Huhhhh...

Doc suggest aku amek clomid untuk double dos for 1 cycle dan terus proceed untuk iui.. So, for next period, on CD2 till CD6, i have to take 100mg of chlomephene per day. Banyaknye dos tu.. On the spot aku terasa takut bila aku teringat aku pernah baca yang clomid ni leh nipiskan dinding rahim. Maklumlah sebelum ni aku dah mkn clomid untuk 3 cycle dengan dos 50mg/day. Macam2 aku tanya doc sehinggakan doc cakap "awak nak pregnant kan. so, kite try untuk 1 cycle sahaja. If awk still not pregnant yet, kite akan cuba yg lain. i x akan bagi kalo sesuatu ubat tu will harm u.." Ok, aku paham cuma aku risau je sikit. Aku berserah pada tuhan je. Doc terus refer aku ke reproductive unit untuk kaunseling & tindakan lanjut.

Kat Reproductive unit aku diberi penjelasan dengan lebih lanjut lagu.. CD2 hingga CD6, aku kena makan clomid. Then, CD7 - CD9 aku kena suntik puregon. Aku kena pi  klinik hari2 sebelum kol 8.30 pg.. Dorang kate untuk besar n matangkan telur aku. Then CD12, aku kena wat Follicle tracking untuk pastikan telur aku besar dan matang. Kena buat melalui TVS. Seram betul aku dengar TVS ni. Once telur aku dah matang, dorang akan suntik untuk pecahkan telur. Then baru la IUI boleh dibuat.

Nanti, aku akan citer macam mana dorang buat sume tu.. Aku masih menunggu cik P yang bakal datang mungkin 15.09.2012..

Ahad, 2 September 2012

Contact Lens Baru???

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak citer2 pasal contact lens yang aku baru beli.. Aku ni memang rabun.. tapi tak boleh pakai spek. Bukan sebab aku berlagak konon macam tak rabun. tapi bile aku pakai je spek, dalam 10 minit cenggitu konfem aku sakit kepala. Dah banyak spek aku dari yang murah sampai yang mahal. sume sama je. Belakang kepala je mesti sakit giler.. Aku pun tak tau kenapa jadi macam tu. Bile pakai lens xde pulak jadi gitu..

Aku start pakai lens kire2 8 tahun lepas masa aku kat matrikulasi Pulau Pinang. And aku start pakai yang colour dah. aku x blaja pakai clear lens. Akibatnya sampai sekarang kalo aku pakai clear lens aku mesti rasa x selesa. Macam ade sumthing je dalam mata.. Eh, memang la ade kan.. Ngeee.. Memula dulu aku pakai freshlook. Aku pakai color honey, hazel dan brown. Tapi sume warna ni memang x brape sesuai dengan aku.

Color : Honey (freshlook)
Masa blaja2 aku x brani sangat nak pakai kaler2 yang menyerlah.. so aku pakai kaler yg agak natural la.. masuk keje aku try pakai clear lens. X sampai 3 bulan, aku dah buang sebab aku x selesa pakai. mata aku rasa geli2. Kemudian aku terus pakai hazel. Tapi aku tukar ke lens freshkon warna warm hazel. Freshkon ni aku pakai kejap je. masuk pair yang ketiga x silap, mata aku kena luka. sebabnye aku x prasan yang lens aku rosak. die macam terkoyak kot. sampai aku kena refer ke pakar mata. sakit woo mata aku. Sampaikan aku xleh bukak mata. Dah tu tengah2 sakit, aku kena marah lagi ngan pakar mata sebab pakai lens. die ingat aku suke2 je nak pakai lens sebab bak cantik. mata aku rabun la. Aku lak xleh pakai spek n clear lens. nak xnak aku kena la jugak pakai color lens. Lepas peristiwa tu, aku stop kejap pakai lens. ade dalam setahun lebih kot. aku rela x nampak.. tapi time drive or meeting aku terrpaksa jugak pakai spek.. kalo jalan tu biase aku lalu, aku redah je x pakai spek. heheee..

Tahun lepas aku start pakai lens balik. tapi aku dah gile pakai contact lens bigger eye. Mula2 aku beli brand iContact warna grey.. sangat cantik. Nampak penuh je.. Ye la, mata aku ni dah memang semulajadi besar dah. salah beli lens, memang x nampak la bigger eye nye..


i Contact, color : Grey
Pastuh beli lagi kaler black jenama freshkon.. tapi x nampak pun bigger eye. Frust btol. Pakai 2 minggu je kot. Dah xnak pakai sebab frust. Boleh x? Pembaca, sila jangan tiru sikap saya yang membazir ni hokey...


X menarik n x jadi bigger eye pun

And now aku pakai brand simvue pulak.. pun kaler grey and bigger eye.. Sangat suke sebab sangat soft sampai kadang2 boleh terlupa aku pakai lens. Hehee.. Sangat big eye dan x over sangat.

Mata aku x sebesar ni hokeh.. Ni effect kamera la.. tapi tang mata hitam memang jadik besar..

Selasa, 28 Ogos 2012

Korean Dried Seaweed Soup

Hari ni aku nak share resepi lak dalam blog aku ni. Resepi korean dried seaweed soup or sup rumpai laut kering. Ni semua pasal terpengaruh dengan citer korea la ni. selalu tengok time besday dorang, dorang akan makan sup ni. Macam sedap je kan kalo tengok orang korea makan ni. So, aku try la walaupun aku agak bimbang dengan rasa seaweed tuh,.. Siyes, sebab seaweed tu bau die sangat la tak menyenagkan. tapi bile dah buat sup, memang sedap giler woi.. Sedap yang gile. Bukan aku tau.. Lagi sedap dari sup sayur kita ni ha.. rasa die kenyal2 macam cendawan sikit2.



Ni la die ghuper sup tu.. nampak memang tak menyelerakan. Dah makan, konfem nak lagi.
Ni aku bagi resepi die..

Bahan :
1 genggam seaweed kering (rendam - 15 minit)
400g daging (potong kecil)
Stok daging
4 - 6 ulas bawang putih - diketuk
4 Sudu minyak bijan
Lada hitam (ikut suka kepedasan masing2)
garam

Cara memasak :
1. Seaweed yang direndam tadi tu perlu dibasuh beberapa kali untuk hilangkan hanyir die. Seaweed ni akan mengembang tau. Jangan rendam banyak sangat. Kemudian potong2 sikit taknak bagi panjang sangat.
2. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan seaweed yang dah dibasuh bersih tadi. kacau rata.
4. Then, masukkan stok daging dan daging.
5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
6. masak dengan api sederhana hingga mendidih.
tadaaa... dah boleh  makan dah.

p/s : aku tak suka guna daging actually.. tak suke rasa lemak2 daging dalam sup.. aku lebih prefer stok ikan bilis. Lagi sedap, bagi aku la... Korang boleh je tukar dengan ayam ke, udang ke. Kalo nak masukkan telur dan cendawan pun boleh. telur kena pukul dulu sikit, then masuk dalam sup tu masa sup dah mendidih. kacau cepat hingga telur masak. aku tak suka rasa telur dalam sup tu. nanti die tutup rasa seaweed tu.


Dried seaweed. Jenama Giant pun ada. Boleh beli kat pasaraya.

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum..

Firstly, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang semua yang baca blog aku ni.. (eh ade ke yang bace? prasan la ko ni wawa). Belum terlambat lagikan nak ucap. Syawal kan sebulan. Hehee..

Tahun ni aku beraya kat umah parents aku.. seronok.. Heheee.. Ye la kan.. Sape yang x seronok dapat beraya kat kampung halaman sendiri. 2 hari sebelum raya lagi aku dah balik. Nak tolong2 kemas rumah lagi kan. Tapi bab buat kuih aku tak tolong.. Sebenarnye kitorang tak buat pun.. Kuih tunjuk2 je.. Kate dunia di hujung jari.. kuih pun hujung jari la, tunjuk2 tu.. Heheheee.. Dasar pemalas kan.. Hahaa.. Mak buat tapai. aku tolong la jugak. tolong lap daun getah. Adik aku tolong bungkus. Memang aku anak takleh diharap. makan aku pandai la..

Raya pertama aku tak buat pape yang istimewa pun. alu just masak nasi ngan paprik je. Kesnye adik aku sorang tu beraya umah mertua die. So mak aku kate nak masak best2 pun tunggu sume ade la. Lagi aku suke. takyah la masak yang susah2. Dah la tak brape nak reti kan.

Pagi Raya

Me n My Sister

En. Hubby a.k.a Mr. Apex
Aku tak sempat nak gi beraya rumah jiran2 sebab ramai yang datang rumah. Letih beb.. tapi masa ni la kan kite nak kenal sedara-mara yang lain. hari lain susah dah nak jumpa. Raya baru kenal batang hidung. Masa raya baru aku tahu ramai rupenye sdara-mara yang aku belum kenal lagi. Ni konfem selisih bahu kat mana-mana pun tak kenal. Heeee.. :p

Raya kedua aku buat rendang ayam.. Tak banyak pun. Dalam 3 ekor je.. Resepi?? nanti2 aku taruk..

Malam, kitorang buat BBQ. My cousin sponsor ayam 7 ekor. En. Hubby beli satay 300 cucuk. tak pangil ramai pun. sedara-mara je.. tu pun dah ramai. lebih la 30 orang. Aku tolong perap ayam. pastu buat nasi goreng, air punch cocktail, airsunquick..

Nah, aku hidangkan gambor2 untuk korang..

Tudung Hitam tu la yang jadik tukang masak nasi goreng. cousin aku neh..

Bakar Ayam


My Daddy.. Yang kecik tu bukan adik aku hokeh.. tu anak cousin aku.

Tukang bakar ayam. Yang pompuan, tukang penyibuk




posing dulu sementara bakar ayam

Alamak kelabu asap la.. asap punyer pasal la ni.

my anak2 sepupu




Ni orang dapur


My sis n cousin

Ayam BBQ.. nyum.. nyum.. nyum..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com