Selasa, 9 Ogos 2011

Kepada Mu Aku Meminta

Ya Allah, 
Jauhkanlah aku dari perasaan hasad dengki..
hilangkanlah perasaan benci membenci dari dalam hati ku..
Jangan izinkan hati ini terdetik rasa mencurigai kebaikan orang lain..
Ya Allah,
bersihkanlah hatiku dari dari segala kekotoran dan kegelapan..
sinarilah hatiku dengan cahaya dariMu, Ya Allah..

Ya Allah, 
Jauhkan aku dari sifat cemburu sesama insan
Kerana aku taklayak untuk mempunyai perasaan itu..
kerana aku tahu, setiap makhlukMu ade keistimewaan sendiri..
Ya Allah, bukakanlah hatiku untuk sentiasa merendah diri
sentiasa menjaga peribadi dan akhlak
dan sentiasa menjaga ibadahku kepadaMu.

Ya Allah,
bukakanlah hati orang2 yang pernah aku sakiti untuk memaafkanku
dan bukakanlah pintu hatiku untuk sentiasa memaafkan kesalahan orang lain terhadapku..

Semoga akhlakku, peribadiku, 
sentiasa berlandaskan agamaMu..
Amin...

credit to En. Google


0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com